CERPEN : HirisaN CiNta


.







     Langkah kaki diatur laju ke bilik makmal yang tersedia. Munirah mencari kawan baiknya di situ. Bila ditanya pada Profesor Murad, lelaki itu hanya menjawab dengan gelengan tanda tidak tahu. Kini Munirah berlari pula turun menggunakan tangga kecemasan untuk ke bilik penyelidikan pula. Tepat sangkaannya, Wardah berada di situ. Pintu ditolak dan dia berjalan mendekati wanita tersebut dengan rasa marahnya.
   
     “ Apasal kau setuju Wardah?” Tanyanya secara tiba-tiba. Wardah menoleh memandangnya sekilas. Topeng yang menutupi separuh wajahnya dibuka.

     “ Not here…I’m working.” Tegas dia membalas.

     “ Kerja tu buat kemudian. Yang penting sekarang ni aku tetap akan tanya soalan yang sama. Selagi kau tak jawab, jangan harap aku keluar dari sini.” Bidas Munirah.

     “ I have no choice okay!” Balasnya seolah mengalah.  Sarung tangan getah dibuka dan dicampakkan ke dalam tong sampah.

     “ What? You have no choice?! Siapa kata? Hei, Wardah, pilihan hidup kau patut ada ditangan kau. Kenapa perlu kau ikut kata abah aku?” Marahnya lagi.

     “ Habis tu kau nak aku kurang ajar dengan abah? Begitu? Aku tak sanggup nak tolak permintaan dia lagi Munirah. Kau tahu kan, aku dah anggap abah tu macam bapa kandung aku sendiri. Dia yang kutip aku masa ayah aku buang aku dulu. Dan sekarang mungkin inilah masanya aku balas budi dia.”

     “ Dengan setuju risikan dari orang yang terlebih tua dari kau? Kau memang gila Wardah. Kau tahu kan dia dah pun usia 43 tahun!Huh,  mana Wardah yang aku kenal selama ni? Dengan hanya sekali bertanya, kau mengalah terus setuju macam tu je? Habis tu, Fiqri macam mana? Kata kau sanggup tunggu dia.” Wardah terdiam mendengar kata dari Munirah itu. Lama dia memikirkan kata tersebut, kemudian dia sendiri ketawa. Munirah mengerutkan dahinya. Pelik dengan kelakuan Wardah itu.

       “ Aku dah penat tunggu dia Munirah. Lima tahun tanpa satu khabar pun dia tak hantar kat aku. Apatah lagi nak telefon aku. Dia menghilang macam tu je. Kau tahu Munirah, sampai bila aku nak jadi macam ni? Umur aku makin meningkat Munirah. Aku dah penat asyik hidup keseorangan. Aku dah penat asyik dibuang macam tu je. Cukuplah dulu ayah aku buang aku. Sekarang Fiqri pun dah tak nak kan aku.”

       “ What a pitiful mind you have!Come on Wardah, wake up! Siapa kata kau keseorangan selama ini? Aku ni siapa? Abah tu siapa? Abang Iz tu siapa? Kami anak beranak sentiasa ada bersama kau Wardah. Kau juga kata dahulu, kau akan berkahwin dengan lelaki idaman kau satu hari ni. Tapi ini apa? Please Wardah, tolonglah bagitahu kat abah kau tolak pinangan tu.” Rayu Munirah lagi. Dia tak sanggup tengok Wardah jadi cepat putus asa.

    Hidup sebumbung bersama sejak mereka berdua berusia sepuluh tahun lagi, telah menyebabkan masing-masing sudah menganggap hubungan antara mereka bagaikan adik beradik. Apabila ayah kandung Wardah sendiri tidak mahu menerima Wardah setelah ibunya meninggal dahulu, Encik Harun sanggup menerima Wardah dan melayan Wardah sama macam anaknya yang lain. Dan ini menyebabkan salah satu faktor kenapa Wardah mudah setuju dengan cadangan Encik Harun untuk menerima pinangan dari sahabatnya itu. Walaupun usia lelaki yang meminangnya itu jauh beza dengannya, Wardah terima dengan redha. Jarak lima belas tahun baginya memang jauh, namun dia kuatkan hatinya untuk menerima duda tanpa anak itu. Doktor Jefri, walaupun gah pangkat didepan nama itu, namun itu bukanlah alasan Wardah menerimanya. Dia setuju pun sebab memikirkan bapa angkatnya itu.

    Wardah merasa ada getaran di poket jubah makmalnya. Dia mengeluarkan telefon bimbit tersebut. Bila melihatkan nama di skrin, dia memandang pula ke arah Munirah.

     “ Abang Izman..” Katanya tanpa sempat Munirah bertanya.

     “ Cepatnya abang aku sampai.”

     “ Kau bagitahu dia hal ni?” Tanya Wardah.

     “ Kalau kau tak dengar kata aku, ada baiknya kau dengar kata abang aku pula. Mungkin itu je caranya untuk kau berubah fikiran.” Selamba Munirah berkata dan berlalu pergi. Dia menyambung kerjanya di tingkat atas. Bekerja dalam bidang yang sama, duduk rumah yang sama kadang-kadang ada baiknya, tapi yang tak baiknya, semua rahsia, perbuatan masing-masing tahu. Telefon itu masih lagi bergetar, Wardah menekan butang hijau.

      “ Abang kat bawah. Turun sekarang.” Arah lelaki itu. Tak sempat Wardah berkata lagi, talian sudah dimatikan. Kenapalah semua harus menentang persetujuannya untuk berkahwin dengan duda itu kali ini. Dan saat itu juga Wardah melepaskan keluhan.




                            ********************************************




   “ Abang Iz nak bawa Wardah pergi mana ni? Abang Iz tahu tak Wardah still dalam waktu kerja.” Tanya wanita itu. Lelaki itu seakan tidak peduli dengan soalan tersebut, malah dia masih berdiam diri dan Wardah dapat melihat betapa tegangnya wajah abang kandung Munirah itu. Dia sendiri menganggap Izman bagaikan abang kandung sendiri.

    “ Abang Iz…” Panggil Wardah lagi.

    “ Just be quiet Wardah. Kalau Wardah tetap degil dengan keputusan Wardah tu, abang dah takde pilihan lain. Ini saja cara abang untuk sedarkan Wardah.”

    “ Abang Iz ni kenapa? Wardah yang rela nak kahwin dengan Doktor Jefri tu. Abang Iz kena faham.” Balas Wardah. Saat itu, kereta tersebut membelok masuk ke simpang kiri. Izman selamba memandu dengan kelajuan yang agak laju.

      “ Dari biarkan Wardah setuju kahwin dengan jantan tak guna tu, baik tak payah Wardah. Abang kenal sangat dengan Doktor Jefri tu. Wardah tak terfikir ke kenapa dia dah bercerai lebih dari tiga kali? Semua isteri dia tak tahan dengan dia Wardah. Abang dengar dia tu kaki pukul! Panas baran. Wardah nak ke dapat suami macam tu?”

       “ Itu apa yang Abang Iz dengar! Kita sendiri tak tahu mana yang betul kan. Lagi pun dia tu doktor yang selalu rawat abah. Kenapa dengan Abang Iz ni tak boleh percaya lansung dengan doktor peribadi abah tu? Sedangkan abah sendiri boleh terima Doktor Jefri tu.”

       “ Dia depan abah pandailah berlakon. Belakang abah, abang tahu sangat hidup macam mana. Dia setuju rajin datang rumah pun bersebab dan bukannya ikhlas pun!” Balas Izman kegeraman. Dia kenal sangat dengan perangai hipokrit Doktor Jefri itu. Kalau datang ke rumah pun semata-mata cuci mata mahu melihat Wardah. Bukan dia tak tahu, selama ini si duda itu menaruh nafsu terhadap wanita secantik Wardah ni.

       “ Dah, jangan banyak cakap lagi. Keluar sekarang.” Arah Izman bila keretanya sudah pun tersadai di depan perkarangan banglo milik Encik Harun. Wardah terpinga-pinga. Pelik kenapa abang angkatnya membawa dia pulang ke rumah.

    Melihatkan  Wardah yang masih tidak keluar dari kereta, Izman terpaksa bertindak membuka pintu kereta dan menarik Wardah keluar. Dia tekad untuk melakukan cara ini kali ini demi Wardah. Dia tak mahu wanita itu jatuh ke tangan si keparat tu. Wardah sedaya upaya menarik pergelangan tangannya dari ditarik Izman namun tidak berhasil Ternyata kudrat lelaki itu lebih kuat darinya.

       “ Abah! Abah!” Jerit lelaki itu memanggil si ayah. Encik Harun yang ketika itu berada di kolam belakang bersama Doktor Jefri tersentak. Perbualan mereka terganggu.

       “ Ada apa ni Iz?” Tanya Encik Harun. Dia pelik apabila melihat Wardah yang sedaya upaya cuba melepaskan genggaman dari anak terunanya itu.

       “ Abah, Iz nak abah cancelkan perkahwinan antara Doktor Jefri .” Kata Izman bersungguh-sungguh. Wardah terkedu. Doktor Jefri yang berada di situ juga terkejut.

         Iz ni kenapa tiba-tiba ni? Apa salah diorang berkahwin pun?” Tanya Encik Harun dengan nada yang tenang.

       “ Betul tu. Izman ni kenapa? Tak percaya pada doktor ke untuk jaga adik Izman tu?” Celah Doktor Jefri. Izman sengih sinis.

       “ Lebih kurang. Tapi sebab yang lainnya, Wardah tak boleh kahwin dengan laki mana-mana pun.” Balas Izman. Wardah bertambah keliru mendengarnya.

       “ Abang Iz, apa ni?!” Tanya Wardah.

       “ Kenapa Iz? Kenapa kamu tak bagi adik kamu kahwin dengan lelaki mana-mana pun? Patutnya kamu sebagai abang lebih patut setuju adik kamu nak berkahwin dengan Doktor Jefri ni. Dia kan dah lama berkhidmat dengan keluarga kita. Doktor Jefri ni orangnya baik.” Ujar ayahnya yang masih lagi naïf dengan sifat sebenar doktor tersebut.

       “ Memanglah baik, baik bersebab! Lagi satu abah, Iz tak pernah pun anggap Wardah ni adik Iz. Lagi pun dia bukan ada hubungan sedarah pun dengan kita.” Terang Izman. Wardah terkedu. Tak sangka Izman tak pernah menganggapnya sebagai adik selama ini. Sedangkan dia sudah pun menganggap Izman bagaikan abang kandung sendiri.

        “ Izman! Cakap tu baik-baik sikit. Abah sendiri dah anggap Wardah bagaikan anak abah, tapi kenapa sanggup Izman cakap macam tu.” Kini Encik Harun terpaksa bertegas.

        “ Abah nak tahu kenapa Izman tak bagi Wardah kahwin dengan lelaki lain?” Semua masih diam. Izman tersenyum sinis memandang memandang semuanya terutama Doktor Jefri.

       “ Sebab Iz dah pun terlanjur dengan Wardah…” Ayat yang dituturkan itu cukup membuat Wardah terasa bagaikan anak panah menikamnya. Begitu juga dengan Encik Harun yang turut terkejut dengan kenyataan berani anak lelakinya itu.

        “ Kenapa? Abah tak percaya? Sebab tulah Iz berkeras tak nak bagi Wardah lepas kat lelaki lain. Wardah ni dah pun terlanjur dengan Iz! Dah lama kami rahsiakan hubungan ni.” Sambung lelaki itu lagi. Wardah melepaskan tangannya dari pegangan lelaki itu dengan kasar. Automatik dia menampar orang yang sudah dianggapnya seperti abang kandung itu.

        “ Jangan nak fitnah Wardah! Kenapa Abang Iz sanggup cakap macam tu sekali depan abah dengan doktor?!” Marah Wardah. Izman memegang bekas tamparan di pipinya. Biarlah sakit mana pun, dia tetap dengan keputusannya.

        “ Apa yang kamu dah buat ni Iz! Astaghfillah..ya Allah…” Ucap Encik Harun sambil memegang dadanya. Doktor Jefri segera memimpin Encik Harun duduk di sofa yang berdekatan.

        “ Abah, abah, tolonglah percayakan Wardah. Wardah tak buat semua tu…” Rayu Wardah sambil mendapatkan Encik Harun yang mula duduk di sofa tersebut. Dia cuba menarik nafasnya berulang kali. Mendengarkan pengakuan dari anak sulungnya itu sudah cukup membuatkan hatinya sakit yang amat.

        “ Wardah, cukuplah. Mengaku je depan abah. Sampai bila kita nak rahsiakan hubungan ni. Abang sanggup bertanggungjawab Wardah. Nanti kalau perut Wardah tu membesar, lagi naya Wardah.” Celah Izman bila Wardah sedaya upaya memujuk abahnya itu. Wardah menjeling tajam padanya.

        “ Stop it abang! Enough with the lie! Please….tell the truth! Jangan buat Wardah macam ni…” Rayunya. Air mata sudah mengalir ke pipi. Doktor Jefri yang melihat mula bangun.

        “ Harun, aku rasa aku nak batalkan je risikan aku tu. Anggap jelah aku tak pernah pinang anak angkat kau tu. Aku balik dulu. Ubat yang aku bagi tadi, jangan lupa makan nanti. Owh ye, anggap saja khidmat aku dalam keluarga ni dah tamat. Kau cari je doktor lain Harun.” Ujarnya. Dia berasa marah yang amat bila dapat berita yang memalukan itu. Disangkanya Wardah suci, namun sebaliknya. Harapannya punah mahu membuat Wardah jadi miliknya.

        “ Doktor…..doktor , tunggu…” Panggil Encik Harun perlahan. Dia sudah tidak berdaya nak memanggil dengan kuat tatkala itu. Izman memaut lengan Doktor Jefri supaya lelaki itu tidak terus berlalu.

        “ Aku cuma bagitahu kau awal-awal sebelum terlambat. Wardah milik aku. Dan jangan risau, perkahwinan kami nanti, aku sendiri yang akan jemput doktor.” Selamba Izman menuturkan kata-kata tersebut. Doktor Jefri rasa tercabar. Dia menolak tangan Izman dengan kasar dan berlalu keluar. 

        “ Wardah….betul ke apa yang Izman kata tu?” Tanya Encik Harun masih lagi memegang dadanya. Dilihatnya Wardah menggelengkan kepala berulang kali menidakkan perkara itu sambil menangis.

        “ Abah, kami dah terlanjur jauh pun abah. Takkan abah nak biarkan Wardah macam tu je. Seperti yang Izman cakapkan tadi, Izman akan bertanggungjawab.” Celah Izman.

        “ Tak abah! Tak….Wardah takkan buat perkara terkutuk tu abah! Abah, tolonglah Wardah abah! Wardah sumpah, Wardah tak buat macam tu dengan abang Iz. Abah…” Rayunya lagi dengan penuh tangisan. Encik Harun terdiam. Menitik air mata lelaki di pipinya mengenangkan anak yang dipercayai mengkhianati dirinya. Dia berpaling menghadap Wardah di sebelah.

       “ Lusa malam, kamu berdua nikah. Ni keputusan abah.” Katanya nekad. Dia tak mahu anak lelakinya lepas tangan nanti. Dan dia mahu Izman kotakan janjinya untuk bertanggungjawab. Dia sendiri dah tak dapat nak fikir secara mendalam ketika itu. Otaknya bercelaru. Dengan perlu melawan sakit di dadanya dan juga masalah yang datang bertimpa itu cukup menekadkan dia berbuat keputusan begitu. Wardah terkedu. Tak sangka abah percaya macam tu je dengan segala tuduhan yang tiba-tiba dari Izman.




                           **********************************************


     “ Dahlah tu Wardah, janganlah menangis lagi. Abang aku buat macam tu semua bersebab.” Pujuk Munirah. Wardah membalas dengan jelingan tajam.

     “ Sebab apa Munirah? Sebab nak jatuhkan maruah aku sebagai perempuan? Begitu?” Tegasnya. Munirah melepaskan keluhan. Tak sangka abang dia sanggup merancang sampai macam tu sekali.

      “ Kau tahu, aku dah bagitahu kau awal-awal untuk tolak pinangan doktor tu, tapi kau degil. Tetap dengan keputusan kau. Bila abang aku pun sama pujuk kau, kau tetap juga nak kahwin dengan doktor Jefri tu. Tapi Wardah, kitorang takkan menghalang kau kahwin tanpa sebab tau. Kitorang sendiri dah siasat pasal doktor tu. Semua bekas isteri dia kitorang dah soal siasat, jawapan semuanya sama. Kitorang nak yang terbaik untuk kau Wardah.” Kata Munirah lagi. Wardah mengesat air matanya.

      “ Kalau betul sekali pun Munirah, ini bukan caranya abang Iz nak halang aku kahwin. Cara dia ni cukup memalukan aku Munirah. Maruah aku tercalar. Mana aku nak kutip balik kepercayaan abah pada aku. Aku malu!” Kata Wardah sambil menepuk dadanya berulang kali.

    Selendang yang dipakai dibuka dan dicampak ke hujung katil. Segalanya sudah muktamad. Kini dia sudah pun bergelar isteri kepada Izman. Habis sahaja acara akad nikah yang dibuat secara ringkas tadi, Wardah terus berlari ke biliknya tanpa sempat Izman mahu menyarungkan cincin ke jari manisnya. Bila Munirah mahu memujuk Wardah lagi, terdengar ketukan di muka pintu. Munirah bangun dan membuka pintu tersebut. Terjengul muka abangnya. Wardah ketika itu melihat sahaja Munirah bercakap sesuatu dengan Izman, kemudian gadis itu keluar dan Izman masuk mendekati Wardah.

     “ Buat apa abang Iz masuk sini? Keluarlah! Wardah rasa Wardah dah tak sanggup nak menghadap muka Abang Iz lagi selepas apa yang abang Iz dah buat pada Wardah.” Luah wanita itu sambil memeluk tubuhnya. Izman yang berdiri di sisi katil melepaskan keluhan. Dia tahu marah Wardah sukar hilang ketika ini. Mana kan tidak, sepanjang hari dia lansung tidak mahu memandang wajah Izman.

      “ Wardah, abang buat macam tu bersebab Wardah. Bukan setakat abang nak halang Wardah kahwin dengan doktor, tapi sebab abang betul-betul ikhlas nak jadikan Wardah isteri abang. Abang minta maaf…” Kata Izman.

       “ Ikhlas konon! Sudahlah…bukan ikhlas namanya ni. Ini namanya nak menjatuhkan maruah orang.” Perli Wardah.

       “ Abang terpaksa cakap macam tu depan abah. Kalau abang saja-saja cakap abang nak kahwin dengan Wardah, pasti abah akan halang. Jadi abang fikir itu je cara terbaik untuk abang dapat memperisterikan Wardah.” Ujarnya. Wardah menoleh memandangnya dengan pandangan tajam.

       “ Cukuplah dengan sandiwara abang Iz tu. Wardah rasa hormat pada Abang Iz dah hilang dah. Tahniah sebab rancangan abang iz jadi, tapi jangan harap Wardah akan jadi isteri seperti yang Abang Iz nak.” Tegas dia menyuarakan pandangannya. Tatkala dia mahu berlalu keluar dari bilik itu, sempat Izman memaut lengan Wardah.

       “ Abang dah cakap tadi, abang buat semua ni sebab abang ikhlas nak Wardah jadi isteri abang dan bukan sebab lain...” Katanya.

       “ Whatever! Let me go…” Balas Wardah kegeraman sambil cuba melepaskan genggaman dari Izman. Tetapi lelaki itu lansung tidak mendengar permintaannya sebaliknya menolak tubuh Wardah ke dinding. Kini langkahnya terkunci apabila kedua-dua belah tangannya dipegang kemas oleh lelaki tersebut.

       “ Lepaskan aku!! Aku benci kau!” Kali ni tiada lagi panggilan hormat Wardah pada Izman. Dia benar-benar geram dengan tindakan Izman kali ini.

       “ Apa lagi abang perlu buat untuk Wardah percayakan abang? Abang betul-betul ikhlas Wardah. Abang cintakan Wardah sejak dulu lagi. Abang mengaku abang tak boleh nak anggap Wardah adik angkat abang dan abang mengaku yang abang betul-betul cintakan Wardah. Please sayang, believe me....this is the only way I can make you to be my wife.” Bersungguh-sungguh dia menyakinkan Wardah. Namun Wardah tetap memandangnya penuh kebencian dan kegeraman.

         “ Apa pun yang kau cakap aku dah tak boleh percaya. Aku tetap benci kau. Aku nak kau ceraikan aku sekarang juga!!” Marah Wardah setelah kesabarannya sudah hilang. Izman terkedu. Tidak sangka sampai begitu sekali tindakan Wardah. Baru beberapa jam wanita itu menjadi isterinya, kini sudah berani meminta cerai darinya.

         “ Kau dengar tak apa aku minta tadi? Lepaskan aku!! Ceraikan….” Tak sempat dia habis bercakap, mulutnya sudah pun dikunci dengan kucupan dari Izman. Wardah terpaku. Matanya terbeliak menerima kucupan dari bibir si lelaki yang bergelar suami. Izman melepaskan ciumannya dengan perlahan dan merenung ke dalam mata Wardah.

         “ Please, don’t ever ask me to let you go….abang tak boleh kehilangan Wardah.” Ucap lelaki itu dengan nada yang lembut. Wardah tersedar tatkala itu juga. Pertama kali dia menerima kucupan dalam hidupnya. Bukan begini dia mahukan. Akhirnya menitis jua air mata di pipi mulus itu.

         “ Wardah tetap bencikan abang Iz…” Katanya dengan sedu sedan. Izman melepaskan genggamannya dari lengan isterinya.

         “ Please sayang, I beg you. Tolonglah percayakan abang. Dan abang takkan sesekali ceraikan Wardah walau apa pun yang terjadi. Sekarang ni Wardah hak milik mutlak abang. Dan Wardah dah pun jadi tanggungjawab abang sepenuhnya.” Jelas Izman lagi dengan penuh mengharap. Wardah terduduk. Dia menangis sepuas-puasnya di situ.

     Izman menutup matanya. Dia kesal kerana mempergunakan cara yang tak sepatutnya untuk memiliki Wardah. Namun itu sahaja yang dia boleh terfikir kerana dia yakin sangat, ayahnya Encik Harun takkan sesekali benarkan dia berkahwin dengan Wardah, kerana Encik Harun sudah pun menganggap Wardah anak kandungnya. Izman menunduk melihat Wardah yang masih lagi menangis. Dia duduk bersandar di sebelah Wardah. Dagu wanita dipegang dan didongakkan supaya memandangnya.

      “ Demi Allah, abang betul-betul ikhlas nak memperisterikan Wardah. Abang takde niat lain. Abang cintakan Wardah…” Ucapnya. Wardah beranikan diri merenung mata Izman. Ada kejujuran di mata lelaki itu, namun dia sukar mengakuinya ketika ini. Dia tak tahu apa perlu dibuat.

    Sekali lagi Izman dekat dengannya dan mengucup bibir mulus itu dengan penuh kasih sayang. Dan kali ini, Wardah seolah-olah membiarkan sahaja. Entah kenapa hatinya mudah cair bila lelaki itu bertindak begitu padanya. Adakah hati yang selama ini dikunci sudah dibuka? Dia sendiri keliru.




               
              *********************************************************





    Di meja, semua yang ada senyap sahaja menjamu selera. Munirah memandang abangnya dan juga Wardah yang kini bergelar kakak iparnya. Wardah diam sahaja menjamu nasi goreng yang dimasak pembantu rumah. Encik Harun juga memandang pasangan suami isteri yang baru bernikah itu. Tak tahan dengan suasana sunyi yang melanda, Encik Harun berdehem. Semua yang ada di situ menoleh ke arahnya.

     “ Abah nak cakap sikit ni..” Encik Harun memulakan bicara. Semua masih diam menanti apa yang mahu dikatakan lelaki tua itu.
    
     “ Pasal hal yang dah berlalu tu, kalau boleh jangan seorang pun ungkit lagi mulai saat ini. Anggap saja sebagai pengajaran untuk kamu berdua, faham?” Kata lelaki tua itu yang merujuk pada Wardah dan Izman. Wardah mengetapkan bibir. Sedih kerana ayah angkatnya mempercayai bulat-bulat kata dari Izman. Izman hanya mengangguk sahaja. Munirah memandang sayu ke arah Wardah.

     “ Dan abah rasa abah patut juga cakap pasal ni. Abah berharap kamu berdua boleh berbahagia hingga ke akhir hayat. Walaupun masing-masing dah buat silap, abah dah pun maafkan kamu. Tapi sentiasalah meminta maaf pada yang esa. Jangan lagi ulang kesilapan yang sama. Itu saja harapan abah.” Sambung Encik Harun lagi.

      “ Wardah…” Panggil Encik Harun. Wardah mengangkat mukanya dan bertentang mata dengan lelaki tersebut.

      “ Apa pun yang terjadi, abah tetap sayangkan Wardah seperti mana Wardah mula jejakkan kaki ke rumah ini dahulu. Kasih sayang abah terhadap Wardah takkan berubah. Harap Wardah mengerti. Dan abah harap, Wardah boleh menjadi isteri yang solehah untuk Izman.” Pesan Encik Harun padanya. Lambat-lambat Wardah mengangguk dan tersenyum. Sekurang-kurangnya Encik Harun masih menyayanginya dan tidak menaruh benci terhadapnya atas apa yang sudah terjadi. Nak je masa tu dia bagitahu perkara sebenar pada bapa angkatnya yang kini sudah berubah jadi bapa mertuanya itu. Namun, awal-awal pagi lagi semasa dia sedar dari tidur, Izman memberitahunya bahawa dia sendiri akan jujur dengan abah tentang perkara sebenar.



                   
             *****************************************************

           

  
  “ Kenapa kau tak setuju ikut abang aku pergi Sabah? Alang-alang tu kan boleh honeymoon sekali.” Tanya Munirah apabila masuk ke bilik makmal tersebut. Wardah mengeluh. Yang dia tak berapa gemar pasal Munirah ni, kalau tanya soalan mesti tak kena pada tempatnya. Dah tu bertanya masa orang tengah sibuk nak buat sesuatu.

   “ Aku malas…” Balasnya ringkas.

   “ Kau marah lagi kat abang Iz? Dah dua minggu dah wei. Takkan kau tak boleh redakan sikit kemarahan kau tu..” Kata Munirah lagi. Wardah buat tak layan.

   “ Urm, aku tahu mesti kau tak boleh nak maafkan abang aku lagi kan. Patutlah tiap-tiap malam aku perasan abang aku tidur kat bilik tetamu. Ni mesti kes nak tunggu bini dia habis merajuk kan…” Sambungnya lagi. Dan kali ini Munirah tersengih bila Wardah menghadiahkan satu jelingan yang cukup tajam.

    “ Kau tak rasa bersalah ke tidur asing-asing ni? Korang kan suami isteri. Tu nasib baik abah tak perasan tau sebab bilik dia kat bawah. Kalau abah tahu korang tidur bilik asing-asing gerenti kena tegur dengan abah lagi.” Kata Munirah lagi tak mahu mengalah bila melihat Wardah masih berdiam diri.

    “ Aku bukan apa Wardah, aku tahu dah lama dah niat abang aku sukakan kau. Tapi aku betul-betul tak tahu yang dia plan sampai macam tu sekali semata-mata nak kahwin dengan kau. Tapi aku tak peliklah, sebab aku tahu abah mesti tak setuju kalau dia cadangkan macam tu je.” Katanya lagi.

   Kali ni dia melihat Wardah mengeluh dan mula membuka topeng kainnya setelah memasukkan sejenis dadah ke dalam bekas simpanan yang disediakan. Bekerja sebagai drug pharmacologist memang perlu berhadapan dengan benda tersebut. Menguji jenis dadah yang ada, dan dimasukkan sedikit ke dalam pil atau ubatan melalui kajian yang telah dibuat. Bekerja di kilang ubat-ubatan memang pilihannya, tapi bekerja sekali dengan Munirah, memang tak disangka. Sangkanya dulu, Munirah mahu teruskan sahaja kerja sebagai penyelidik ubatan di USA. Namun, dia tetap mahu mengikut ke mana sahaja Wardah bekerja. Dan inilah hasilnya, setiap masa dia akan bertembung dengan gadis ini dan agak sukar untuk dirinya ada privasi.      

    “ Dah habis cakap?” Tanya dia pula pada Munirah. Wanita di depannya hanya membalas dengan sengihan.

    “ Memo bulan lepas yang kita dah terima tu, yang drug pharmacologist dari Russia akan datang esok untuk melawat kilang kita ni. Kau dah lupa? Atau kau buat-buat lupa?” Duga Wardah. Munirah menepuk dahinya. Sumpah kali ni dia betul-betul terlupa. Patutlah tadi Mr. Ravindren asyik bertanyakan tentang stok di dalam bilik kajian.

    “ Nasib baik kau ingatkan wei. Aku blah dulu. Nanti aku sambung lagi pasal hal ni kat rumah tau. Owh, by the way, pasal ubat yang kau dah cipta dengan team kau tu dah dapat persetujuan dari penguji makmal belum?”

    “ Dah. Esok lepas dah jumpa team dari Russia tu, aku akan pergi dengan Lucy ke NPCB. Kau tahu jelah Encik Ravin tu, mesti nak suruh kita daftar ubat tu secepat yang boleh. Mana boleh kita tangguh sikit pun.” Balasnya.

    “ Tahu takpe. Ni aku dah tangguh tugasan yang dia bagi ni, kompom lepas ni aku kena dengar ceramah free jap lagi.” Kata Munirah sambil tergelak. Wardah tersenyum sahaja. Bila kelibat adik iparnya menghilang di sebalik pintu, dia melepaskan nafas lega. Mujur memang betul besok team dari luar negara itu akan tiba ke Malaysia. Jadi dia punya alasan kukuh untuk diberi pada Munirah dan abah supaya tak dapat ikut suaminya. Pagi tadi, suaminya sudah pun bertolak ke Sabah. Lelaki itu bercadang mengajaknya ikut sekali untuk bercuti, namun seperti jangkaan Izman, Wardah akan menolak. Akhirnya, dia sendiri pergi ke sana.

    Marahnya pada lelaki itu sudah mula menghilang dari hari ke hari, namun egonya tetap menahankan diri dari mengaku pada suaminya sendiri. Malah sejak malam pengantin lagi, Izman seolah-olah memberinya ruang buat Wardah untuk menenangkan diri.

    Dia teringat detik malam pertama selepas pernikahannya dengan Izman. Selepas kucupan yang kedua hinggap dibibirnya, Izman merenungnya lama. Sayu pandangan lelaki itu, namun cukup ikhlas. Dia mengusap bekas air mata di pipi Wardah dengan jari jemarinya sambil dirinya tak habis-habis mengucapkan perkataan maaf. Lepas sahaja dia melihat Wardah sudah tenang, dia bangkit dan mengambil sehelai baju dan kain pelekat.  Dia menoleh ke arah Wardah sebelum dia berlalu ke pintu bilik untuk keluar.

      “ Wardah tidurlah dalam bilik ni. Abang tahu marah Wardah mesti ada lagi. Abang takkan paksa Wardah dah. Abang akan sabar menunggu sampai masa Wardah betul-betul boleh maafkan perbuatan abang tu dengan seikhlas hati Wardah.” Ujar lelaki itu dan berlalu keluar. Wardah termangu di situ. Izman pula bersandar di luar pintu biliknya setelah menutup pintu secara perlahan tadi.

     Dia rasa tindakannya kali ini harus dibuat. Dia tak mahu lagi paksa Wardah untuk bermalam dengannya. Cukuplah dia cipta keadaan di mana wanita itu terpaksa menerimanya sebagai suami. Dia akan sabar menunggu walau lama mana pun.



       
            ***********************************************************




  Wardah dan Munirah berlari ke bilik wad yang dinyatakan oleh jururawat sebentar tadi.  Bila mereka sampai di situ, kelihatan Encik Harun sedang berbincang sesuatu. Melihatkan anak-anaknya yang lain tiba, Encik Harun menyudahkan percakapannya dengan doktor yang bertanggungjawab. Munirah yang menahan sebak itu terus berlari mendapatkan abahnya dan memeluk lelaki itu.

     “ Sabar nak, sabar….ini ujian tuhan.” Pujuk abahnya. Encik Harun mengusap belakang anak daranya itu berulang kali. Sambil itu dia tak lepas pandang pada Wardah yang tegak berdiri di depan pintu bilik suaminya. Encik Harun nampak ada tangisan yang mula mengalir dari pipi wanita itu, namun Wardah cepat-cepat mengelapnya.

     “ Wardah, masuklah. Pergi tengok Izman.” Tegur abahnya dari jauh. Munirah menarik nafas dan cuba menenangkan dirinya, kemudian dia mendekati Wardah. Tangan wanita itu dipegang erat. Wardah bertentang mata dengan Munirah.

     “ Masuklah. Jangan kau tahan ego kau. Nanti menyesal tak sudah.” Kata Munirah perlahan.

     Dia membukakan pintu untuk Wardah. Dengan tidak sedar, kaki Wardah mula melangkah masuk dan mendekati sekujur tubuh yang terbaring kaku di atas katil dengan penuh wayar dan alat bantuan pernafasan di tubuh suaminya. Di kala itu, tanpa dipinta air matanya gugur lagi dan kali ini dia tidak lansung menahannya. Dia menangis meratapi keadaan insan yang selama ini menyintai dia sepenuhnya. Kesal di dalam diri mula menggunung. Dalam hatinya mula menyumpah seranah dirinya sendiri kerana tidak pernah berkelakuan baik terhadap suaminya sejak mereka berkahwin.  

         “ Abang, maafkan Wardah bang. Abang sedarlah….jangan buat Wardah macam ni. Abang…please…” Kata Wardah diselangi dengan sedu sedan. Munirah sebak melihat abangnya yang kini koma, namun dia bertambah kasihan bila melihat keadaan Wardah yang tidak habis-habis meminta maaf pada abangnya itu walaupun lelaki itu dalam keadaan tidak sedar lansung. Siapa sangka, perjalanan abangnya menaiki teksi mahu ke KLIA untuk ke Sabah pagi tadi ditimpa kemalangan yang tidak diduga.




                         ************************************************


   Kini sudah dua bulan berlalu, tapi tanda-tanda untuk Izman sedar dari koma masih tidak ada. Namun Wardah tidak putus asa dan masih berharap suaminya akan membuka mata. Dia mahu Izman merenung matanya seperti selalu dibuat sejak dulu lagi.

     Setiap hari Wardah akan menemankan suaminya di situ. Bila ada masa, dia akan membaca ayat-ayat Al-Quran untuk disajikan pada suaminya. Kadang-kadang dia tak lokek bercerita pasal kenangan lalu. Becok mulutnya bercerita itu dan ini walaupun dia tahu suaminya tidak mendengar.

     Habis bercerita dia akan mengurut dan memicit suaminya. Setiap hari tanggannya tak lepas memegang tangan sasa itu. Wardah meneliti setiap inci wajah Izman. Wajah itu tidaklah sekacak mana, namun cukup manis di matanya. Setiap hari Wardah tak jemu-jemu berdoa supaya Izman sedar.

     “ Abang, kalau abang bangun, Wardah rasa Wardahlah orang yang paling gembira abang. Abang sedarlah….janganlah terus macam ni. Wardah banyak berdosa dengan abang. Wardah nak minta ampun dengan abang. Wardah nak kita hidup macam mana pasangan lain hidup kat atas muka bumi. Abang…” Kata Wardah.

    Air mata mula bertakung lagi di mata bundarnya. Dia mencium belakang tapak tangan lelaki itu dengan penuh syahdu dan mengharap.  Lama dia menangis sambil menunduk dan memeluk tangan suaminya, akhirnya dia sendiri merasa tangisannya sudah tidak boleh dikeluarkan lagi pada masa itu.

      “ Sayang…” Wardah membuka matanya. Suara yang dirindui itu tadi didengarnya. Dia pasti dia tidak silap dengar. Mustahil dia silap. Akhirnya Wardah mendongak dari tunduk dan memandang ke wajah Izman. Tidak tergambar perasaannya ketika ini apabila mata lelaki itu sayu memandang ke arahnya. Izman sedaya upaya senyum pada wajah si isteri.

     “ Abang….abang dah sedar. Nurse!” Panggil Wardah, namun suaminya sempat menggegam tangan Wardah supaya wanita itu duduk di situ. Dia mengisyaratkan dengan gelengan kepala pada Wardah. Akhirnya isterinya diam dari memanggil jururawat yang menjaga di kaunter hadapan.

     “ A…bang sa…yang Wardah…” Ucap lelaki itu lambat-lambat seolah-olah penat. Berat mulutnya untuk bersuara namun digagahkan juga. Sekali lagi Wardah berasa sebak dan mula menangis. Dipeluk tubuh suaminya dengan erat. Izman terkedu dengan tindakan dari Wardah dan akhirnya dia mengukirkan senyuman sambil menutup matanya.



                  ****************************************************




    “ Sayang, buat apa tu?” Tanya lelaki itu apabila sudah selesai membersihkan diri. Wardah menoleh padanya seketika kemudian menyambung menaip sesuatu di komputer ribanya.

    “ Adalah…” Balas Wardah sambil tersenyum. Izman datang duduk di sebelah Wardah yang berada di atas katil itu dan mula merampas laptop itu dari isterinya. Wardah tak sempat nak menghalang bila suaminya bertindak pantas macam tu sekali.

     Izman melihat apa yang ditaip isterinya. Dia melihat gambar bulan madu yang telah diupload oleh Wardah ke dalam blog. Izman tersenyum.

       “ Ini rupanya kerja ayang ye..” Kata Izman. Wardah mencebik. Dia cuba merampas kembali laptop itu namun Izman cepat-cepat mengelak dan bangun dari katil. Dia meletakkan komputer riba tersebut ke atas meja yang berhampiran.

       “ Abang, apa ni? Wardah tak habis taip lagi lah.” Kata gadis itu dengan muka masamnya. Izman tergelak. Bila Wardah mahu bangun dari katil, cepat-cepat Izman memeluk isterinya dan dipaksa isterinya baring.

       “ Abang ni…” Ujar Wardah lagi. Dan kali ini dia tersenyum pula. Geli hatinya melihat Izman berbuat begitu padanya.

       “ Sayang abang tak?” Tanya Izman tiba-tiba. Wardah mengerutkan dahi.

       “ Kenapa tiba-tiba? Ish, abang ni, buat tebiat ek malam-malam ni? Dahlah, Wardah nak tidur. Good night!” Balas Wardah mahu mengelak. Izman tak puas hati dengan respon dari Wardah.

       “ Ala, abang tahu ayang sayang sangat dekat abang kan, kalau tak masa lepas, masa abang tak sedar berbulan tu, takkanlah ayang sibuk berkepit je dengan abang setiap hari. Dah tu, mulut becok cerita itu ini. Kalaulah abang boleh bangun masa tu, dah lama abang cium mulut ayang tu bagi senyap sikit.” Izman memulakan taktiknya. Dan seperti yang dijangka, Wardah terus bangun dari berpura-pura tidur dan memandang suaminya dengan pandangan yang terkejut.

        “ Abang tahu? A..abang boleh dengar?” Tanya Wardah lambat-lambat. Izman mengangguk sambil tersenyum.

        “ Boleh sayang. Tapi masa dalam keadaan abang tu, abang macam ada kat dunia lain. Tapi yang pasti abang boleh dengar suara yang abang paling suka ni…” Ujar suaminya sambil mengusik dagu Wardah. Wanita itu tersengih menahan malu. Dia mengambil selimut dan mahu menutup seluruh wajahnya, namun Izman cepat bertindak dengan menarik selimut tersebut.

        “ Malulah tu…”

        “ Mana ada, nak tidurlah.” Bidas Wardah, tapi memang betul pun, malu…

        “ Kalau sayang boleh membebel sepanjang abang tak sedar masa tu, sekarang ni abang nak bebel sepanjang malam untuk sayang pula. So, jangan gatal-gatal nak tutup mata tu.” Kata Izman sambil ketawa. Lama Wardah pandang suaminya yang kini berada di atas tubuhnya.

        “ So, nak start dari mana? Urm, apa kata,kita mula dari cerita ayang masa ayang jatuh basikal du….” Tak sempat Izman menghabiskan bebelannya, bibirnya pula kini dikunci dengan kucupan dari Wardah. Terbeliak biji mata lelaki tersebut dengan tindakan mengejut isterinya.

        “ Balas dendam….” Ringkas Wardah membalas sambil senyum sinis. Izman terkedu, kemudian dia mula tersenyum bahagia. Kini semua salah faham yang dia timbulkan dahulu sudah pun dijelaskan sepenuhnya pada abahnya. Mujur abahnya boleh terima dan memberi restu sepenuhnya pada anak dan menantunya itu. Doanya ketika ini, biarlah kebahagian yang dia kecapi dan idamkan ini berkekalan sehingga akhir hayat….





****************THE END******************







*tada!! Cerpen terbaru Sahara, biase2 je.…haha, bagi sesiapa yang mempunyai orang yang tersayang, lebih baik hargainya sebelum terlambat. Tak kiralah parents ke, suami ke, anak ke, yang penting mereka semua lagi bernilai dari apa pun dalam dunia kan. Hehehe…enjoy baca k, Salam 1 Malaysia! =D

  1. best gila.. uat la lgi cerpen..

  1. hahaha, terima kasih ruunna...insyaallah kalo ada idea datang, cepat2 sahara akan karang cerpen..ngee=)

  1. Sweetnys

  1. Superb,thumbs up,i like:-)tpkan buat la panjang lg part lepas abg izz sedar tu cam x puas baca jea,senyum jea bila baca so sweet,hihihihi.....nak lg nak lg dan lg......

  1. haha...ade2 je ani man ni...hahaha, thanks ani man sudi bace =)

  1. best nya... buat lah lg

  1. besttttnyaaa.. buat lah cerpen lg..