NILAI KASIHMU (17)


.


EpisoD 17









        Lakaran yang sudah siap itu dikemaskini dan dicetak sebelum dihantar pada ketua projeknya Mr.Liew untuk disemak. Setelah lelaki cina itu melihat hasil kerjanya, Mr.Liew mencadangkan dia menambah sesuatu pada lakaran tersebut untuk tambah lebih menarik. Arisya tidak banyak soal, dan mengambil nasihat dari lelaki yang lebih berpengalaman itu dengan baik. Dia menanda dalam lakarannya beberapa tambahan yang perlu dibuat.

     “ Mr.Liew, can I come in?” Tanya wanita berbangsa india di muka pintu. Mr.liew tersenyum dan mengangguk membenarkan wanita itu masuk. Arisya dan Sanju saling bertentang mata masa itu dan mereka berdua berbalas senyuman.

     “ Ini lakaran hiasan dalaman untuk rumah baru Tan Sri Arshad yang dah siap. Is it okay with this colour tone? Because his wife ask for this one last day I met her.”

     “ What? Tukar lagi? Haiyoo, masuk ni dah tiga kali dia mintak tukar ma...” Bising Mr.Liew bila mendapat tahu permintaan isteri kepada kliennya itu yang sering bertukar cadangan di masa-masa akhir. Ini menyebabkan kerja pengubahsuaian jadi makin tertangguh dibuatnya.

     “ Kenapa kak Sanju?” Celah Arisya bertanya.

     “ Ni lah, klien sorang ni. Dia punya husband banyak okay. Tapi wife dia, hmmm, banyak susahlah. Pening kepala saya melayan dia punya request.” Balas Sanju. Arisya cuba melihat lakaran yang dicadangkan oleh wanita tersebut. Lakaran lama dibandingkan dengan yang baru. Kemudian dia tersenyum.

      “ Banyak juga perubahan dia minta ye.” Kata Arisya. Sanju dan Mr.Liew berpandangan.

      “ Memang banyak….” Serentak mereka berdua berkata. Arisya ketawa.

      “ Macammana ni bos? Sudah okay tak ni? Kalau bos dah setuju, saya mahu jumpa dia petang dia ni juga.” Tanya Sanju pada Mr.Liew.

      “ So far, okay. Jumpa sajalah dia petang ni. Kalau dia minta you tukar lagi, better you ask her husband and tell him about the problem. Maybe Tan Sri akan pujuk wife baru dia tu.” Sanju yang mendengar hanya mengangguk. Kemudian dia pandang pada Arisya.

      “ Arisya, awak sibuk ka petang ni?”

      “ Tak sangatlah. Kenapa kak?”

      “ Mr.Liew, can I ask Arisya to come with me?” Tanya Sanju lagi.

      “ Boleh. Arisya, follow Sanju okay? She need someone by her side.” Balas Mr.Liew sambil menahan gelaknya. Arisya pelik.

      “ Kenapa kak Sanju nak ajak saya teman?”

      “ Itu perempuan ha banyak scary. Muka je lawa, tapi perangai buat orang sakit hati. You know, sampaikan Suzy pun banyak kali menangis kena tegur sama itu perempuan. Nasib baik Sanju ni boleh tahan.” Balas Mr.Liew bagi pihak Sanju. Dan wanita india itu hanya mengangguk mengiyakan. Arisya menelan air liurnya. Mendengarkan tentang klien ini, dia pula yang dah fikir bukan-bukan.






                        **************************************************






  Gadis itu sedar secara mengejut. Dari baring terus dia duduk. Peluh mula menitik di sekeliling wajahnya. Dadanya turun naik dengan laju. Sambil dia mengusap dadanya, dia memandang siling. Dilihatnya kipas sudah pun berputar dengan kelajuan paling maksimum. Tapi entah kenapa, dia pula yang rasa panas semacam. Dia mengalihkan pandangan pada pintu bila terdengar ada orang mengetuk pintu biliknya. Tanpa sempat dia berkata sesuatu, pintu biliknya sudah ditolak dari luar. Terjengul muka wanita berusia itu dan senyum padanya.

     “ Boleh umi masuk?” Tanya Umi. Suhaila mengangguk membenarkan.

     “ Aila tidur lena tak? Ni kenapa peluh-peluh ni? Kipas tak cukup kuat ke?” Tanya Umi bila melihat wajah gadis itu yang tidak terurus. Suhaila tidak membalas, sebaliknya hanya senyuman kecil diberi.

      “ Dah nak naik tengahari ni Aila. Nak umi bawa Aila pergi mandi tak? Lagi pun mesti Aila lapar kan sebab tak makan satu apa pun lagi. Pagi tadi umi nak kejut Aila, tapi kesian pula tengok Aila tidur nyenyak sangat sampai umi panggil pun Aila tak menyahut lansung.” Kata Umi.

       “ Yeke? Urm, takpelah umi, Aila dah boleh urus diri sendiri dah. Cuma nak minta tolong umi tolong ambilkan tongkat kat sana tu.” Pinta Suhaila. Dia melihat emak kepada adik iparnya mengambil tongkat yang berada di dinding dan diberi padanya. Bila dia mahu bangun, umi sedaya upaya memapah Suhaila supaya gadis itu dapat berdiri dengan betul.

        “ Aila siap cepat ye. Nanti kita makan tengahari sama. Umi nak pergi goreng ayam kejap.” Pesan umi padanya. Suhaila hanya mengangguk.

        “ Err, umi…” Panggilnya sebelum wanita tua itu keluar.

        “ Isya mana?”

        “ Kerjalah. Tapi dia tak dapat balik makan tengahari rasanya hari ni. Tadi dia telefon, suruh umi tengokkan keadaan Aila. Lepas tu katanya, dia balik lewat sikit hari ni. Banyak kerja katanya.” Balas umi dan berlalu keluar. Suhaila hanya melihat pintu biliknya ditutup kembali.

   Tiba-tiba pula dirinya terfikir tentang adik tirinya itu. Sepanjang hampir dua minggu di rumah tersebut, Arisya banyak menjaga makan minumnya. Apa sahaja kerenahnya, gadis itu cukup bersabar melayannya. Kadang-kadang sengaja Suhaila merengus dan tidak berkelakuan baik apabila Arisya mahu bertegur sapa dengannya, namun adiknya itu mampu lagi tersenyum. Malah Arisya tidak peduli lansung kalau dirinya dimarahi, sebaliknya hampir setiap hari dia membantu apa yang boleh pada Suhaila. Disebabkan itu apabila Suhaila fikirkan kembali, dia berasa malu dengan sifatnya sendiri. Dia mahu berterima kasih pada adik tirinya, namun tembok ego dalam dirinya membataskan apa yang mahu disampaikan.

    Kalau tak disebabkan Arisya yang tak sia-sia menjanganya dan sering membawanya pergi buat terapi supaya dia boleh kukuhkan gerak langkahnya, pasti dia masih duduk di atas kerusi roda. Kalau dulu dia susah mahu uruskan dirinya, gadis itulah yang susah payah memimpinya. Dia melihat kakinya yang banyak kesan parut akibat kemalangan yang menimpanya. Suhaila mengetap bibir. Sedih kerana dia sukar berjalan dan memerlukan tongkat untuk membantunya. Bila setiap kali dia melihat dirinya di cermin, dia menangis meratapi wajahnya. Parut di tepi dahinya mencacatkan pandangannya terhadap dirinya sendiri.  Kerja yang dahulu dibanggakan sangat kini punah dalam sekelip mata. Kesal dalam diri menimpa-nimpa apabila ayah tirinya, Pak Samad sedaya upaya berusaha yang terbaik untuk mendapatkan rawatan untuk dirinya pulih. Hampir setiap hari lelaki tua itu menelefon Arisya dan bertanya tentang dirinya. Dia tahu kerana hampir setiap malam dia akan curi mendengar perbualan Arisya apabila berbual di telefon.

      Orang yang dia mahu jauhkan diri dahulu, kini itulah orang yang banyak membantunya. Kawan-kawannya yang selalu berhibur dengannya juga sudah tidak lagi berhubungan dengannya. Paip shower itu dibuka. Dibiarkan air pancut jatuh di atas kepalanya kala itu sambil dirinya tak habis-habis memikirkan semua yang telah terjadi.





                  ********************************************************





     “ Kat mana?” Tanya lelaki itu di hujung talian.

     “ Jumpa klien. Abang?”

     “ Perempuan ke lelaki?” Tanya Adam lagi.

     “ Perempuan. Abang kat mana ni?” Tanya Arisya sekali lagi.

     “ Abang dalam kereta ni. Baru balik dari lunch. Urm, sayang….”

     “ Iye bang…”

     “ Rindu…” Sengaja Adam berkata begitu. Arisya yang mendengar tersenyum.

     “ Mengada….” Balas Arisya ringkas. Adam ketawa.

     “ Betullah. Abang rindu sayang dengan baby dalam perut tu…” Kata Adam lagi. Ukiran senyuman di bibir Arisya makin mekar bila mendengarnya. Diusapnya perutnya yang mula naik sedikit. Sudah hampir empat bulan usia kandungannya. Bagi sesiapa yang tak tahu dia mengandung, pasti fikir gadis itu biasa saja. Manakan tidak, badannya kecil molek. Jadi kalau dia mengandung sekali pun, orang lain susah nak perasan.

      “ Rasanya baby dalam ni pun rindu dengan abah dia.” Balas Arisya.

      “ Aik, baby je? Ibu dia tak rindu?” Duga Adam.

      “ Tak kot…” Balas Arisya dengan gurauan. Adam tersedak.

      “ Tak kot? Sampai hati ibu buat abah macam ni….kiciwa rasanya.” Kata Adam berbalas dengan gurauan juga. Arisya ketawa.

      “ Abang ni, ngada je. Nanti balik abang jemput sayang ye. Petang karang ingat nak pergi singgah pasar malamlah bang, dah lama kita tak cuci mata tengok makanan kat sana kan. Baby ni teringin nak makan ayam percik dengan murtabak.” Ajaknya. Di sebalik sana, Adam tersenyum.

       “ Iyelah sayang. Haip, baby teringin ke atau mak baby tu yang teringin?” Adam bertanya. Arisya ketawa lagi.

      “ Dua-dua.” Jawabnya. Adam tergelak. Suka dia melayan telatah Arisya.

     “ Nanti habis kerja, abang terus ke sana jemput sayang.”

      “ Okay. Bye..Assalamualaikum…”

      “ Eh, kejaplah. Sayang abang tak?” Tanya Adam cuba bermanja lagi. Arisya menggelengkan kepalanya.

      “ Sayang sangat…” Balasnya. Ketika itu Sanju datang hampir pada Arisya dan duduk disebelahnya.

     “ Yezza! Itu yang buat semangat nak sambung kerja ni. Love you sayang, kerja baik-baik okay. Waalaikumussalam …” Katanya. Talian dimatikan.

     “ Call siapa?” Tanya Sanju pada teman sekerjanya.

     “ Suami saya call tadi kak. Saja tanya khabar.” Balas Arisya.

     “ Wah, banyak baiklah you punya laki. Rajin call wife. Romantik…” Usik Sanju. Arisya senyum padanya.

     “ Ada-ada je tau kak Sanju ni. Akak pergi mana tadi?” Tanya Arisya pula.

      “ Call itu klienlah. Hish, kalau tak fikir husband dia banyak baik pada kita, takde saya nak baik-baik pada dia punya wife. Tengoklah, sudah lambat berapa lama. Dah nak satu jam kita tunggu dia tak mari lagi.” Ngomelnya. Arisya mengusap lembut belakang badan Sanju.

      “ Sabar kak, sabar… tak baik marah-marah. Kalau akak banyak marah-marah, nanti kedut tu senang timbul. Dah tak cun nanti.” Kata Arisya. Sanju tergelak.

      “ Itu macam ka? Awak ni kan Arisya, banyak baiklah. Tak pernah saya nampak awak marah-marah. Patutlah Mr.Liew cerita pada saya yang banyak klien suka buat urusan dengan awak.”

      “ Iye ke kak? Tipulah…”

     “ Betullah. Saya tak tipu. Awak tahu sebab apa klien banyak suka sama awak? Sebab awak ni banyak sabar, dah tu suka smile. Lagi tambah comel…” Puji Sanju. Tergelak Arisya mendengarnya.

    Dia mahu membalas ketika itu, tapi tiba-tiba sahaja Sanju bangun dari duduknya dan senyum pada seseorang. Arisya memandang ke depan. Kelihatan seorang wanita yang berpakaian cukup bergaya dan seksi di matanya datang berjalan ke arah mereka.

      “ Selamat petang girls…sorry I’m late. Driver I tu lembab bawa kereta.” Tegur wanita berusia awal 30-an itu. Dia membuka raybannya dan memandang ke arah Arisya.

      “ Siapa you?” Tanya Fasha.

      “ Saya Arisya, teman sekerja Sanju.” Jawabnya sambil menghulur tangan untuk bersalam. Namun Fasha buat tidak perasan. Huluran tangan Arisya dibiarkan. Dia terus duduk di kerusi tersebut. Arisya terkedu dengan perbuatan wanita di depannya. Dia cuba senyum bila Sanju mula menunjukkan geram pada tindakan Fasha.

      “ Shall we begin..” Kata Fasha selamba.  Sanju dan Fasha duduk serentak. Fail koleksi lakaran simpanan Sanju dibuka dan ditunjukkan pada Fasha.

      “ Seperti yang Puan Fasha nak..”

      “ Puan Sri...” Celah Fasha. Sanju terpinga-pinga.

      “ What?” Tanya Sanju.

      “ Call me Puan Sri Fasha.” Katanya dengan nada penuh lagak. Arisya tersenyum dan menahan tawa bila melihat perangai customer yang seorang ini. Sampaikan panggilan pun perlu dititik beratkan. Patutlah teman sekerjanya, Suzy tak mahu jumpa lagi dengan Fasha ni.

     “ Err, okay. Puan Sri Fasha, seperti yang puan sri mahukan perubahan dahulu,  warna pada dinding di bilik utama dan juga ruang tamu telah saya gunakan ton warna yang dikehendaki oleh puan sri. Jadi, ini lakaran yang telah saya usahakan. Puan Sri boleh tengok…” Kata Sanju sambil menyerahkan fail lakaran pada Fasha.

     “ Ini je yang you buat? Pfft, kalau setakat ini perubahan yang you mahu tunjukkan pada I baik tak payah. I tak suka colour yang you gabungkan. Too dark I think.” Balas Fasha selamba. Sedangkan dia tengok sekilas macam tu je. Sanju mengetap bibirnya menahan geram. Dia sudah boleh jangka itu reaksi yang diberikan.  Arisya yang berdiam diri dari tadi, mula rasa dia perlu lakukan sesuatu.

    “ Err, maaf saya mahu bertanya Puan Sri. Part mana yang puan sri tak suka?” Tanya Arisya dengan lembut.

    “ Pekak ke? Kan I kata tadi, I tak suka dengan gabungan warna yang dia ni buat.” Balas Fasha dengan nada kasar. Arisya tidak marah, sebaliknya hanya senyum padanya. Fasha mengerutkan dahi melihat reaksi dari gadis itu.

    “ Urm, kalau macam tu, apa kata saya cadangkan sesuatu.” Kata Arisya. Melihatkan Fasha masih berdiam diri, dia menyambung cadangannya.

    “ Puan Sri Fasha suka warna macam mana? Maksud saya favourite colour ?” Tanya Arisya. Fasha terdiam, mungkin memikirkan sesuatu.

    “ I don’t know, terpulang pada mood saya nak suka warna apa pun. You tell me. Make me surprise with your plan.” Dia menjawab, Arisya melihat dahulu lakaran di fail tersebut, kemudian dia menanda sesuatu di kertas.

    “ Okaylah Puan Sri Fasha, macam mana kalau saya gunakan gaya moghul dengan sinar dan tona mewah mewarnai ruang tamu ini dalam sebuah lakaran eksotik yang anggun. Sebuah gaya yang ‘mature’ memberi karektor pada ruang tamu bagi rumah baru Puan Sri.” Arisya memulakan bicara. Fasha mula memeluk tubuhnya dan mula memberi tumpuan.

    “ Bagi bahagian dinding pula, kami akan gunakan rawatan kertas dinding dari Lamex. Wall covering digunakan dalam dua tona tapi dari corak yang sama pada dinding utama. Lantai Pergo dari Floor Biz yang akan digunakan kali ini merupakan rangkaian Pergo Exotic- Sumatra Oiled Teak yang melakarkan gaya kayu jati dalam glossy finish yang menambahkan keanggunan pada lantai. Saya tahu, puan Sri pasti mahukan keanggunan dan kemewahan dalam gaya yang dikendaki bukan? Contoh hasil yang saya dah fikirkan ini saya dah pun cuba buat pada projek sebelum ini. Kalau Puan Sri kurang yakin lagi, Puan Sri boleh tengok gambar dalam fail saya ni.” Sambungnya dan menyerahkan fail gambar kepada Fasha. Wanita itu menyambut dan meneliti bahan yang ditunjukkan. Seperti kata dari Arisya tadi, memang benar, kali ini hatinya bagai terpaut dengan kombinasi yang digunakan.
    
     “ So, what do you think Puan Sri? Puan Sri berpuas hati atau mahu tambah sesuatu lagi. Mana tahu saya boleh fikirkan.” Tanya Arisya. Fasha bagaikan terpukau dengan rancangan dari gadis muda itu. Akhirnya dia tersenyum.

     “ You’re great. I like it. Macam inilah saya nak. You, what’s your name?” Tanya Fasha pada Sanju.

     “ Sanju…” jawabnya ringkas.

     “ Ha, Sanju. You should learn from this girl. Her plan is brilliant. Saya suka, teruskan dengan rancangan awak ini dan saya nak tengok hasilnya secepat yang mungkin. Got it?” Katanya pada mereka berdua. Arisya dan Sanju mengangguk sahaja.

   Bila perbincangan sudah habis dan kelibat Fasha sudah pun hilang, Sanju menarik nafas lega. Dia memandang Arisya, kemudian dipeluknya gadis bertubuh kecil itu.

     “ Thank you so much Arisya!! Awaklah penyelamat saya! Thank god that woman not mad at you. Wow, I am really surprise Arisya. You are genius. Awak boleh fikirkan hal ni dalam masa yang singkat sahaja and that ‘Puan Sri’ terus setuju! Oh my, really…you are suprising me.” Puji Sanju berbukit-bukit. Arisya ketawa sahaja.

     “ Alhamdulillah…” Ucapnya ringkas. Dia mengemaskan fail dan kertas yang bertaburan di atas meja. Sanju membantunya juga.

     “ Err, Arisya…saya ingat saya nak pergi itu toilet sekejap. Tak tahan…pasal ‘Puan Sri’ tulah I kena hold je dari tadi.” Kata Sanju yang sengaja menekankan perkataan Puan Sri. Arisya ketawa dan mengangguk sahaja.

    Sesudah kemas dan dimasukkan ke dalam beg bimbit, Arisya menunggu Sanju di lobi depan. Dia berjalan menunduk. Bila ada seseorang memanggil namanya dari hadapan, dia mendongak.

      “ Iqram…” Sebutnya. Iqram senyum padanya.

      “ Tak sangka jumpa Arisya kat sini.” Kata Iqram cuba beramah mesra.

      “ Jumpa klien tadi kat restoran dalam tu. Err, Iqram?”

      “ Saya nak jumpa daddy and my step mom kat atas.” Jawabnya. Arisya terlopong.

      “ Hotel ni daddy Iqram punya ke?” Tanya Arisya. Iqram mengangguk.

     “ Owh okay. Arisya sebenarnya tengah tunggu officemate ni, dia pergi toilet sekejap.” Kata Arisya pula. Dia memang rasa kekok, namun cuba dihakis perasaan tersebut.

     “ Iye ke. Urm, so, Arisya macammana? Sihat?” Tanya Iqram prihatin.

     “ Alhamdulillah sihat.”

     “ Your baby?”

     “ Sihat juga. Alhamdulillah. Makin kuat makan Arisya kebelakangan ni.” Jawabnya. Iqram tergelak.

     “ Patutlah makin berseri je. Pipi tu pun nampak naik sikit.” Balas Iqram. Arisya yang mendengar memegang pipinya sebelah.

     “ Ye ke?” Tanyanya minta kepastian.

     “ Yup, but don’t worry. You still look cute.” Pujinya. Arisya ketawa. Kebetulan ketika itu Fasha masih berada di tingkat yang sama. Bila melihatkan anak tirinya berbual mesra dengan gadis yang baru dijumpanya tadi, dia datang menghampiri mereka berdua.

     “ Hai Iqram, kenapa tak naik atas? Daddy tengah tunggu tu…” Tegur Fasha yang menghampiri mereka berdua. Arisya terkedu.

       “ Puan Sri ni…” Lambat-lambat Arisya bertanya.

       “ I’m his new mommy. Right Iqram?” Jawab Fasha cuba bermanja dengan lelaki itu. Lengan Iqram cuba dipegangnya, namun Iqram cuba menepis dengan cara yang baik. Dia diamkan diri sahaja. Fasha tersenyum sinis.

       “ You dengan Iqram ada something special ke?” Tanya Fasha terus kepada Arisya. Dia tidak senang kalau Iqram ada hubungan istimewa dengan perempuan tersebut.

       “ Eh tak, saya ni cuma kenalan Iqram je. Lagi pun Iqram ni kerjasama dengan husband saya.” Jawab Arisya dengan cepat.

    Arisya dapat rasakan Iqram mula berubah wajah. Dari riang tadi, terus muram sahaja wajahnya. Nampak seperti iqram tidak senang dengan kehadiran Fasha di situ. Fasha yang mendengar penerangan dari Arisya tersenyum.

      “ Owh, you dah kahwin? Kahwin mudalah ni?” Teka Fasha dan Arisya mengangguk.

      “ Kau buat apa kat sini? Apasal kau tak melekat je dengan daddy aku tu?” Tegur Iqram pula tidak tahan dengan sifat Fasha yang cuba bersoal siasat dengan Arisya. Tak sempat Fasha mahu membalas, ada seseorang memanggil nama Arisya dari belakang.

     “ Eh, Arisya?” Tegur orang lain pula semasa mereka berdua sedang berbual. Arisya, Fasha dan  Iqram menoleh ke arah orang tersebut.

     “ Syafiq..” Arisya terkejut melihat kehadiran Syafiq pula di situ. Tadi Iqram, ini pula Syafiq.

      “ Siapa dia ni?” Tanya Iqram.

      “ Owh, ini Syafiq. Kawan husband Arisya. Syafiq buat apa kat sini?” Tanya Arisya pada lelaki yang memakai kaca mata itu.

      “ Ada hal kat sini. Baru sampai. Tak sangka jumpa Arisya kat sini.” Balasnya. Syafiq memandang Iqram, kemudian dihalakan pada Fasha.

       “ Syafiq, kenalkan Iqram. Kenalan Adam juga.” Kata Arisya. Syafiq segera menyalam iqram dan lelaki tersebut menyambut dengan baik.

       “ I Fasha, ups…I puan Sri Fasha..” Tiba-tiba Fasha mencelah. Syafiq teragak-agak mahu menyambut huluran salam dari wanita seksi itu.

    Namun dia cuba maniskan senyumannya dan tidak menyambut tangan wanita tersebut dan hanya menundukkan kepala sedikit sebagai tanda hormat. Syafiq masih lagi menjaga batasnya antara lelaki dan perempuan bukan muhrim. Iqram senyum pada kelakuan Syafiq. Dia suka bila Syafiq berbuat begitu pada Fasha. Fasha pula sudah mula berasa malu kerana hulurannya tidak bersambut namun dia cuba mengawal reaksinya. Syafiq memandang semula ke arah wanita yang bersebelahan dengan Iqram. Bila diimbas dua kali, bagaikan dia seperti pernah melihat Fasha sebelum ini.

          “ Maaf bertanya, saya macam pernah nampaklah Puan Sri sebelum ni. Kita pernah berjumpa ke dulu?” Terus Syafiq bertanya ingin tahu. Fasha ketawa manja. Iqram buat muka meluat. Arisya yang perasan tersenyum sahaja. Dia boleh agak yang Iqram tak selesa dengan ibu mudanya itu.

     “ I rasa tak. Mungkin you pernah nampak I kat magazine mana-mana kot. Well, dulu I model, so, tak hairanlah. Cuma sekarang ni dah kahwin, I stop buat kerja tu.” Balas Fasha dengan nada bangga. Lambat-lambat Syafiq mengangguk.

  Tapi dia pasti satu perkara, dia rasa dia bukanlah melihat Fasha di dada majalah atau sumber iklan yang lain, sebaliknya dia rasa Fasha yang berada di depannya kini adalah wanita yang dia jumpa tiga tahun lepas di mana ada satu kes jenayah yang seniornya pegang untuk dibicarakan di mahkamah. Syafiq masih ingat wajah itu samar-samar, namun dia cuba hapuskan anggapannya. Mungkin wanita di depannya ini memiliki wajah yang hampir serupa agaknya. Fikirnya cuba tidak membuat anggapan melulu.





   




*bab 17..hehe, enjoy baca. Urm, misteri pula pasal Fasha kan….ade je…hahaXD

      

  1. best gila....
    smbng lgi writer...
    hehe

  1. w0rait!hahaha..thanz ruunna =)

  1. mcm berjodohan pulak iqram dgn arisya ni....My gut feeling jer...

    Nyampah dgn puan sri tu...

  1. Superb,nak lg dan lg....hihihi
    Thumbs up sahara:-)
    Best sgtttt;-)ayat bodet,cpt n3kan...hihihihi

  1. tnp nama : haha, thanz sudi bace...

    ani man...amboi, bodek ye...hahaXD