NILAI KASIMU (18)
.
EpisoD 18
Selesai solat berjemaah, Adam mencapai
tangan umi dan bersalam. Kemudian dicium kedua-dua belah pipi wanita tua itu.
Tersenyum umi dibuatnya. Arisya juga menurut perbuatan Adam dan menyalam hormat
ibu mertuanya.
Suhaila yang duduk di ruang tamu cuba
mengintai ketiga-tiga insan tersebut di dalam bilik utama. Dari sudut
pandangannya, tergambar kebahagiaan di wajah mereka semua. Suhaila mengetap
bibir. Dia merenung dirinya sendiri. Kenapa kebahagiaan tidak pernah datang
kepadanya dan hanya sengsara yang melanda. Dalam tak sedar, air matanya menitis
jatuh ke pipi. Cepat-cepat dia
mengelapnya, risau Arisya nampak. Dia berjalan ke luar rumah dan duduk di
bangku kayu di halaman rumah. Sambil matanya tak jemu-jemu melihat ke langit,
dia tiba-tiba terkenangkan zaman kanak-kanaknya bersama adik tirinya itu.
Sewaktu kakinya mula melangkah ke rumah
papan itu, dia memandang kepada ibunya. Tergambar wajah ibunya yang kelihatan
agak muda senyum padanya. Wanita itu menunduk dan memegang bahu anak gadis
tersebut.
“ Aila, sekarang ni sini rumah kita tau.
Kita dah ada keluarga baru.” Ujar Mak Idah. Suhaila diam sahaja. Dari pintu rumah dia nampak seorang gadis
seakan sebayanya yang berdiri di pintu bilik. Mereka berdua bertentang mata.
Suhaila pasti gadis itu adalah ahli baru keluarganya yang dimaksudkan ibu.
Untuk seminggu lamanya dia dan gadis itu
lansung tak bertegur sapa. Kadang-kadang Suhaila pelik bila melihat gadis itu
hanya petah berbicara dengan ayah barunya dan tidak pada dia atau Mak Idah. Bila
di sekolah pula, Suhaila yang kelas lain dengan diri Arisya berpura-pura lansung tidak
mengenalinya. Setiap hari dia dapat rasakan yang Arisya mahu menegurnya, namun
gadis bertubuh kecil itu seakan malu. Suhaila pula bagaikan ego
tidak mahu mengalah. Dia tetap mahukan adik barunya itu yang memulakan langkah.
Namun satu hari terciptanya sejarah di mana
dia mula bergaduh di sekolah berpunca daripada budak kelasnya yang tak
habis-habis mengatakan dirinya anak penangih dadah. Dia menangis sepuas hatinya mahu membela
dirinya. Dia marah orang lain mengutuk dirinya. Dia rasa terhina. Apa yang
lebih menyakitkan hatinya adalah perkara yang budak-budak itu katakan adalah
hakikat sebenar. Ayah kandungnya memang penagih dadah. Malah suka berjudi dan
kerap menjadikan anak dan bini sebagai mangsa pukulan untuk kepuasan hati.
Namun takdir menyebelahi diri mereka berdua, ayahnya menemui ajal akibat dadah
yang berlebihan di dalam badan setahun sebelum ibunya berkahwin semula dengan
Pak Samad. Namun dirinya tetap juga dianggap anak kepada penagih dadah
sehinggalah dia naik ke sekolah menengah.
Siapa sangka, Arisya tiba-tiba masuk ke
kelas dan membela dirinya. Bila Arisya masuk dan berdebat dengan
pelajar-pelajar lain yang menyakatnya, mereka semua terdiam. Bagaikan Arisya
berkata sesuatu yang membuatkan semuanya tersedar akan salah sendiri. Dia
sendiri tidak ingat apa yang Arisya katakan masa itu kerana dirinya tak
habis-habis menangis. Sedar tak sedar, dia terasa anak gadis itu memegang
tangannya dan membawanya ke satu pondok di belakang bangunan sekolah. Di
situlah gadis kecil itu mula memeluk tubuhnya dan menenangkan dia supaya
berhenti menangis. Dan sejak itulah, hubungannya dengan Arisya bertambah rapat
dari hari ke hari.
Dirinya tersentak apabila merasakan
bahunya disentuh seseorang. Hapus sudah bayangan sejarah yang dikenangnya tadi.
Bila dia mendongak, Arisya senyum dan duduk rapat disebelahnya.
“ Kenapa duduk luar?” Tanya Arisya.
“ Saja, ambil angin malam.” Balasnya
ringkas. Matanya terhala pada perut gadis disebelahnya. Nampak sedikit perut
itu makin membesar dari hari ke hari. Kini, kedua-duanya senyap sahaja sambil
mata mereka merenung ke langit.
“ Isya…” Tiba-tiba Suhaila
memanggilnya. Arisya menoleh.
“ Masuklah dalam. Tak elok Isya duduk
lama-lama kat luar ni. Isya kan pregnant.” Katanya. Arisya ketawa kecil. Dia
senyum pada Suhaila. Dia suka bila Suhaila prihatin. Arisya sedar, makin hari
Suhaila sudah mahu bercakap dengannya. Memang agak mengambil masa, namun dia
melihat hasil Suhaila yang makin kurang dari kemurungan dari awal kemalangan
dahulu.
“ Takpelah. Saja nak ambil angin
malam dengan Aila. Rindu nak duduk sama-sama macam ni. Dulu kat kampung selalu
kita duduk kat beranda kan waktu malam-malam. Sambil siapkan kerja sekolah,
sambil tu bersembang. Kadang-kadang sebab borak punya pasal, kerja sekolah pun
tak siap-siap lagi. Hehe…” Kenang Arisya. Suhaila mengukirkan senyuman. Arisya
perasan kakaknya itu tersenyum, lama dia meneliti wajah Suhaila.
“ Kenapa pandang Aila sampai macam
tu?” Tanyanya.
“ Isya suka tengok Aila senyum.”
Jujurnya. Suhaila bertentang mata lama dengan Arisya.
“ Isya, kenapa dari dulu sampai sekarang
Isya baik sangat dengan Aila dan ibu? Sedangkan kitorang selalu je buat Isya
terasa. Isya tak marah ke?” Tanya Suhaila ingin tahu. Arisya senyum lagi
mendengar soalan itu.
“ Sebab Isya sayangkan Aila dengan
ibulah. Mana ada alasan lain lagi.” Ringkas Isya menjawab. Suhaila terkedu.
Entah kenapa jawapan dari Arisya yang ringkas itu sudah cukup membuatkan
dirinya terasa kerdil.
“ Kalau satu hari nanti, Aila ada buat
perkara yang boleh buatkan Isya sedih lagi, Isya akan benci ke kat Aila?”
Tanyanya lagi. Arisya mendongak memandang ke langit.
“ Tak pernah terdetik pun rasa benci
dalam diri Isya pada Aila dan ibu. Kalau salah kita boleh usahakan perbaiki
diri sendiri. Dia yang maha berkuasa, selalu memberi peluang untuk hambanya
sedar dari kesilapan dan usaha untuk perbaiki diri semula. Jadi, Isya pun rasa
Aila ada peluang untuk tebus kesalahan yang Aila dah lakukan. Paling penting,
Aila dah ada niat untuk berubah. Itu je…” Arisya membalas. Suhaila memejam
matanya, mengimbas perkara-perkara lalu yang telah dibuat.
“ Aila…” Panggil Arisya pula.
“ Isya nak buat permintaan ni…”
Katanya. Suhaila diam memberi ruang untuk Arisya menyambung.
“ Janji dengan Isya, walau apa pun
yang terjadi, jangan sesekali putuskan hubungan sebagai ahli keluarga dengan
Isya dan juga ayah. Boleh ye?” Pinta Arisya. Lama Suhaila merenung mata Arisya
yang penuh keikhlasan itu, kemudian ditariknya tubuh Arisya ke dalam
dakapannya. Arisya pula yang terkedu.
“ Aila minta maaf Isya….Aila minta
maaf…” Ucap gadis itu. Dia meluahkan apa yang selama ini dipendamnya. Gadis itu
terlalu banyak berjasa padanya. Dari dahulu lagi dia sedar, namun tembok
membataskan segalanya. Kini tembok ego yang dibina dahulu, hampir sepenuhnya runtuh
bila melihat keikhlasan Arisya yang tak jemu menjaganya dan ikhlas
menyanyaginya.
“ Dahlah tu, tak mahu nangis. Isya dah
lama pun maafkan Aila. Lap air mata tu, tengok, dah tak cun dah…hehe.” Pujuk
Arisya dengan gurauan sambil menolak tubuh Suhaila dari terus memeluknya.
Sedikit sebanyak pujukan itu membuatkan Suhaila tergelak sedikit.
“ Adam dengan umi mana?” Tanya Suhaila.
Arisya tiba-tiba mencebik.
“ Kat dapur. Entah apa yang abang tu
buat tak tahulah. Dia tak bagi Isya masuk dapur. Dia kata makan malam hari ni
dia yang handle. Tu umi kat dapur tu tengah tengok dia masaklah tu.” Katanya.
Suhaila ketawa nipis.
“ Pernah ke dia masak?”
“ Itu yang duk risau tu. Mana pernah
dia masak lauk-lauk ni. Degil juga nak buat. Karang yang nak makannya kita ni,
hai lah…”
“ Haha, takpelah. Nak juga Aila rasa
adik ipar Aila masak.” Katanya. Arisya tersenyum. Dia gembira sangat masa ini
sebab Suhaila sudah makin berubah. Dan yang paling penting, gadis itu sudah pun
mahu beramah mesra dengannya seperti dahulu kala. Tak sangka, tanpa jemu setiap
kali selepas solat, doa dan harapn yang Arisya selalu luahkan pada yang maha
esa, termakbul. Dan dia berharap sekarang, supaya Suhaila mampu mengekalkan
perubahan yang dialami masa ini sehinggalah ke akhir hayat.
***********************************************
Pemuda itu membuka pintu apartmentnya dan
masuk ke dalam. Cap yang tersarung dibuka dan diletakkan di atas meja. Segala
urusan kerja yang telah diterimanya tadi sudah pun dilaksanakan dengan secepat
yang boleh. Hanya berpandukan pada kemahirannya sahaja, dia mampu menewaskan
targetnya.
Sedang dia bersandar di sofa sambil
memejam matanya, dia terasa ada tangan yang mula menjalar dan memeluknya dari
belakang. Dia membiarkan sahaja tangan itu berada di dadanya. Haruman yang
menusuk hidungnya ketika ini, mula membangkitkan nafsu lelaki di dalam tubunya.
“ You pergi mana darling? Lama I tunggu
kat sini tau.” Kata wanita yang memeluknya dari belakang itu. Ardy membuka
matanya dan melepaskan pelukan dari wanita tersebut. Dia bangun dan memaut
tangan lembut itu supaya duduk di sebelahnya.
“ Baru habis kerja. Lama you sampai?” Tanyanya.
Wanita itu mengangguk. Muncung bibirnya seolah-olah merajuk menanti kehadiran
pemuda itu.
“ I miss you so much…” Ucap wanita itu
dan mula bersandar di dada lelaki tersebut. Ardy mengusap lembut rambut teman
wanitanya.
“ I miss you too. You datang sini, ada
orang tahu tak?” Tanyanya. Wanita itu menggelengkan kepalanya.
“ Bagus. Tan sri apa khabar? Or should
I say how’s your husband right now?” Tanyanya lagi. Wanita itu mencebik lagi.
“ Macam tu juga. Sihat je. Entah bila
nak mampus pun tak tahulah.” Balasnya. Ardy ketawa bila mendengar Fasha berkata
begitu.
“ Rilekslah sayang. Rancangan kita
awal lagi ni. Walau apa pun yang terjadi, I tak nak sebab you tak suka dengan
Tan Sri Arshad tu nanti, plan kita hancur. You know what I mean right?”
Ujarnya. Fasha terdiam. Perkahwinannya dengan Tan Sri selama ini adalah atas
rancangan pemuda itu.
“ Tapi kan darling, I peliklah. You
kan mahir dalam bidang ni, kenapa you tak bunuh je semua family dia terus macam
tu je.” Tanya Fasha ingin tahu. Ardy bangun dan mula membuka kemeja bercorak
kotak itu. Dengan hanya berseluar jeans, dia berjalan masuk ke dapur dan
mengambil sebotol air mineral untuk diminum. Kemudian dia berdiri di menghadap
ke beranda.
“ You, I cakap dengan you ni…”
Tegasnya.
“ I nak satu family tu merana sikit
demi sikit. Macam mana diorang buat I merana dulu, macam tu lah I nak satu
family tu rasa. Then, bila dah sampai masa yang sesuai, I will kill all of
them. Sambil tu, dalam masa yang ada, kita boleh pungut semua harta yang
terkumpul kan. Sambil menyelam minum air…” Jelasnya. Fasha tersenyum
mendengarnya.
Dia melangkah ke belakang Ardy dan memeluk
lelaki itu dari belakang. Perkenalannya dengan Ardy selama tiga tahun, telah
membuatkan dia jatuh cinta pada lelaki itu. Walaupun dia tahu Ardy ini sering
melakukan pembunuhan untuk menampung hidupnya, dia tidak kisah. Malah dia
menganggap Ardy merupakan lelaki idaman yang dicari selama ini.
Ardy mempunyai dua perwatakan dan hidup
yang berbeza. Di depan mata orang lain, Ardy bagaikan student biasa yang
merantau dari Singapura. Tapi hakikat yang sebenar, Ardy merupakan pembunuh
upahan yang sentiasa menyamar walau apa jua keadaan yang berubah. Bagi Ardi
pula, dia rasa pertemuannya dengan Fasha harus digunakan sebaik mungkin.
Apabila dia sudah berjaya membuat gadis itu jatuh padanya, dia memulakan
rancangannya dengan mempergunakan wanita itu untuk melaksanakan pelan dendamnya
selama ini. Fasha tidak kisah dirinya digunakan, sebaliknya dia sanggup berbuat
apa sahaja untuk teman lelakinya itu.
Ardy memusingkan tubuhnya dan berhadapan
dengan wanita itu. Sebelah tangannya memeluk kemas pinggang ramping itu.
Sebelah tangan lagi memegang dagu Fasha supaya mendongak memandangnya yang agak
tinggi itu. Bibir Fasha yang kemerahan itu dikucupnya dengan penuh nafsu.
Dia melepaskan ciuman dari bibir Fasha
dan mahu menarik wanita itu masuk ke
bilik. Tapi bila baru sahaja melangkah, kedengaran bunyi nada dering telefon
bimbit wanita itu. Fasha memandangnya. Ardy melepaskan pegangannya dan menyuruh
Fasha segera menyambut panggilan tersebut. Bila Fasha sudah selesai bercakap
sesuatu, talian dimatikan.
“ Siapa?” Tanya Ardy.
“ Arisya, Interior designer yang I
upah untuk rumah baru I tu. Tan Sri lah yang beriya-iya suruh gunakan khidmat
budak tu. Sibuk je call time ni.” Omel Fasha. Ardy mengerutkan dahi bila
mendengar nama yang disebut Fasha tadi.
“ Ha, baru I teringat, you know
something darling. Kebetulan, Interior designer yang I sebutkan tadi tu kenalan
Iqram tau. Bila I selidik, I dapat tahu yang Arisya tu dulu rupanya crush dia.
I think Iqram still love her even though she’s already married with someone
else.” Fasha memberitahu segalanya pada Ardy. Apa sahaja yang melibatkan
tentang keluarga Tan Sri, semua dia akan laporkan pada teman lelakinya. Satu
pun tak tinggal.
“ Hmm, Arisya, macam I pernah dengar
nama tu.” Luahnya.
“ So, you think can we use her for our
plan?” Tanya Fasha. Ardy senyum sinis.
“ Terpulang pada masa, I will think
about it.” Balasnya. Fasha mengukirkan senyuman pada Ardy. Dia datang semula
hampir pada lelaki itu dan menarik lelaki itu masuk ke bilik. Fasha rasa
beruntung kerana teman lelakinya ini sungguh kacak di matanya, apatah lagi Ardy
ni kacukan melayu cina.
Jika dilihat pada wajah Ardy, lelaki itu
bagaikan sebaya pelajar pengajian
tinggi. Sedangkan hal yang sebetulnya, Ardy sudah pun hampir menjangkau umur 29
tahun. Ardy tahu, dia harus berterima kasih pada rupanya sendiri yang sentiasa
nampak muda dan selalu dianggap budak baik itu. Dengan kekacakan yang dimiliki,
gaya yang sentiasa berpura-pura baik, semua tidak akan syak lansung aktiviti
gelap yang selalu dibuatnya. Bekerja sebagai pembunuh upahan, bagaikan sudah
sebati dalam hidupnya. Tiada seorang pun mangsa yang selama ini dicari akan
lepas dari tangannya. Dia akan berasa puas jika targetnya mati di depan matanya
sendiri. Ardy sangat licik. Segala apa yang dilakukan, menyukarkan pihak polis
memburunya. Dengan pengenalan palsu yang direka, dia masih selamat. Kalau Fasha
mengenalinya sebagai Ardy, orang lain akan mengenalinya sebagai Hilman.
*******************************************
“ Dah ke belum?” Tanya Pak Samad. Arisya
dan Suhaila ketawa mengekek di belakang ayah mereka. Mak Idah senyum je melihat
anak-anaknya berkelakuan begitu.
“ Ish kamu berdua ni, kesian ayah tu. Lama
sangat mata ayah kena tutup.” Ujar Mak Idah bila melihat suaminya yang
ditutup matanya dengan kain hitam itu. Suhaila mengisyaratkan supaya ibunya
senyap. Manakala Arisya masuk ke dapur.
“ Abang, mana lilinnya?” Tanya Arisya pada
Adam. Dilihatnya suaminya menggaru kepala mencari sesuatu.
“ Tadi abang rasa ada sekali dalam plastik
tu. Hilang kot, kita pakai lilin biasa tak boleh tak?” Jawabnya. Arisya
menjengilkan mata pada Adam. Lelaki itu tergelak.
“ Jangan buat kerja gila ye. Mana boleh letak
lilin biasa kat kek. Buruk benar jadinya.
Takpelah bang, takde lilin pun takpe. Kita bawa je ke depan. Kesian
ayah, lama sangat pun mata kena tutup tu.” Katanya.
Adam mengangkat kek yang baru dibelinya tadi
secara senyap-senyap di pekan. Arisya pula mengangkat kuih muih yang ada dan
dibawa ke depan. Setelah semua persiapan siap dihidang di atas meja, barulah
Arisya membuka ikatan di mata ayahnya dengan perlahan.
“ Selamat hari jadi!!!” Ucap mereka
semua. Pak Samad menggosok matanya bila penglihatannya mula kelam itu. Bila dah
boleh nampak betul-betul, dia terkejut melihat hidangan yang penuh di atas
meja. Dengan kek, lauk pauk kegemarannya dan kuih muih yang ada sudah cukup
membuatnya naik selera.
“ La, buat apa susah-susah buat semua
ni…” Kata Pak Samad.
“ Ala ayah ni. Biarlah. Saja nak
celebrate birthday ayah yang kitorang sayang ni…” Kata Suhaila pula.
“ Alang-alang tu kita sambut juga
sempena Suhaila dah sembuh sepenuhnya.” Celah Arisya pula. Suhaila berbalas
senyum pada adik tirinya itu.
“ Betul tu bang. Patut abang
gembiralah…” Ujar Mak Idah pula. Dia bersyukur kini semua ada berkumpul di
kampung. Tambah lagi dengan kehadiran anak kandungnya yang sudah mula
menunjukkan perubahan yang lebih baik berbanding dahulu.
Akhirnya Pak Samad ketawa. Dia mengucapkan
terima kasih pada anak-anak dan menantunya yang sanggup balik ke kampung
semata-mata untuk menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 58 itu. Arisya
datang hampir pada ayahnya dan mengucup pipi lelaki itu dengan penuh kasih
sayang.
“ Ayah, selamat hari lahir. Semoga ayah
lebih bertambah-tambah hensem lepas ni.” Guraunya. Semua yang mendengar
tergelak.
“ Ish, tak naklah ibu kalau ayah makin
hensem. Nanti tergugat pula ibu rasa.” Celah Mak Idah turut bergurau dengan
Arisya. Arisya ketawa.
“ Ibu takutlah tu ada perempuan lain
pandang ayah kan. Nanti mesti ibu jeles.” Sambung Suhaila pula.
“ Tahu pun…” Balas Mak Idah dan mereka
semua masih ketawa. Pak Samad memotong kek apabila Arisya menghulurkan pisau
untuk membelah kek tersebut.
“ Apa hajat ayah?” Tanya Suhaila.
“ Ayah takde hajat pun nak. Tapi ayah
berdoa untuk anak-anak ayah ni. Semoga Arisya dan Suhaila sentiasa dapat
keberkatan hidup dari Allah swt. Lagi satu, ayah harap supaya keluarga kita ni
kekal bahagia mengikut kehendak-NYA. Semoga salah faham yang berlaku sebelum
ni, ayah mahu semua ambil iktibar dan anggap itu sebagai pengajaran.” Ucapnya.
Suhaila tersenyum. Dalam hatinya dia mengaminkan apa yang diucapkan oleh ayah
tirinya.
Selesai menjamu selera, Arisya mahu
mengangkat pinggan yang telah digunakan ke dalam sinki. Namun Suhaila sempat
menghalang.
“ Hari ni biar Aila kemaskan semua. Isya
pergilah rehat. Teman Adam kat depan tu.” Katanya. Arisya senyum. Mak Idah memandang
mereka berdua. Dia mengaku dia perlu berterima kasih pada Arisya selama ini
kerana anak itulah yang telah menyatukan dan mengembalikan kegembiraan pada
keluarganya selama ini. Mak Idah kesal kerana dahulu sering mengambil
kesempatan dan berkasar ke atas Arisya. Arisya tidak pernah mengungkit,
sebaliknya gadis itu tidak pernah putus asa membantu mereka dan menyayangi
mereka seperti darah dagingnya sendiri.
Arisya keluar ke beranda. Dilihatnya
suaminya duduk di tangga sambil menaip sesuatu di handsetnya. Arisya mengambil
tempat duduk di sebelah Adam. Sengaja kepalanya disandarkan pada bahu lelaki
itu. Adam berhenti menaip dan menoleh memandangnya.
“ Abang, thanks tau…” Ucapnya.
“ For?”
“
Sebab sanggup ambil cuti untuk temankan Isya dan Aila balik kampung dan juga
sebab abang terfikir nak sambut birthday ayah.” Jawabnya. Adam tersenyum.
“ Sayang happy tak?” Tanya suaminya.
Arisya mengangguk.
“ Happy sangat-sangat sebab dapat suami
yang bertimbang rasa macam abang ni.”
“
Haip, puji ada makna ke ni?” Saja Adam menduga. Arisya mengangkat
kepalanya dan memandang Adam. Dia memuncungkan bibirnya.
“ Mana adalah…abang ni..” Katanya
sambil menepuk perlahan peha lelaki itu.
“ Ala ala bucuk abang ni. Gurau sikit
pun dah muncung….” Guraunya lagi. Arisya buat tak layan. Dia memandang ke arah
lain. Ketika itu sebelah tangan Adam memegang perut Arisya. Arisya kembali
memandangnya.
“ Urm, baby baby. Tolong abah boleh?
Tolong pujukkan ibu ni. Tak bestlah kalau ibu merajuk, nanti tak pasal-pasal
masa abah nak tidur nanti ibu tak nak peluk abah.” Dia bercakap dengan perut
Arisya. Gadis itu tidak dapat menahan, sebaliknya terus ketawa melihat gelagat suaminya
itu.
“ Abang ni. Ke situ pula dia.” Katanya.
Adam senyum.
“ Ha, ketawa pun. Kan lagi manis.” Kata
Adam. Arisya kembali melentokkan kepala di bahu lelaki itu.
“ Sayang abang sangat-sangat. Bersyukur
sebab tuhan takdirkan kita bersama.” Ucapnya.
“ Abang pun sama. Bersyukur sebab dapat
isteri yang penyayang, penyabar. Kalau boleh diputar balik masa, abang nak je
layan ayang baik-baik dulu masa ayang langgar abang tu.” Katanya pula. Arisya
senyum lagi.
“ Tak payah putar masa pun takpe.
Sejarah tetap sejarah. Kalau dah kita ditetapkan jodoh dari azali lagi, macam
mana sekali pun, Arisya tetap akan jadi isteri abang. Betul tak?” Duganya. Adam
mengangguk.
“ Betul tu...urm, sayang, apa kata kalau
nanti anak kita dah lahir nanti, and bila dia dah mula pandai melangkah, kita
bertiga pergi luar negara nak?” Ujarnya. Arisya kembali menoleh memandang Adam.
“ Luar negara? Ke mana?”
“ Sebenarnya, abang dah plan dah benda
ni masa awal kahwin dulu. Abang nak bawa sayang pergi mekah. Kita tunaikan
umrah dan haji ke sana. Ingat nak buat hadiah untuk sayang masa awal kahwin
dulu, tapi duit tak berapa nak cukup masa tu. Tapi sekarang makin abang kumpul,
rasanya cukup untuk kita bertiga satu hari nanti. Insyaallah kalau anak kita
dah besar sikit, dah pandai baca muqadam, kita pergi sana ye.” Luahnya. Arisya
memandangnya dengan mata yang bersinar. Tak sangka suaminya ada perancangan
yang membuatkan hatinya mula melonjak gembira.
“ Betul ke ni bang?” Tanyanya minta
kepastian. Adam mengangguk mengiyakan. Arisya tidak dapat menahan gembiranya,
lalu terus memeluk erat lelaki itu.
“ Terima kasih abang! Sayang abang!!”
Ucapnya dengan gembira. Adam ketawa dan membalas pelukan isterinya lalu mencium
dahi Arisya dengan penuh rasa cinta.
*tett….update dah
tiba..haha, enjoy bac0 ye..urm, teringin pergi mekah…nak bawa mak ayah ke sana.
Tapi tak cukup duit. Huhu…angan jela dulu Sahara oii…XD
Semoga keinsafan yg ada pada Suhaila bekekalan.
Harap Ardy tidak pergunakan Isya utk kepentingannya tetapi berasa insaf dan melupakan dendamnya.
Kmas