EpisoD 19
Ruangan iklan jawatan
kosong di dalam surat khabar itu diteliti satu persatu. Jika ada yang sesuai
dengan pilihannya, ruangan tersebut akan ditandakan dengan pen merah. Adam
keluar menjenguk di beranda. Kelihatan Suhaila sedang menandakan sesuatu di
surat khabar. Terus dia memanggil nama gadis tersebut. Suhaila menoleh
memandangnya.
“ Nampak Isya?” Tanya Adam.
“ Tadi dia pergi kebun. Hantar bekal
makanan untuk ayah.” Balasnya ringkas kemudian menyambung kerjanya tadi. Adam
hanya mengangguk dan duduk berhadapan dengannya.
“ Buat apa tu?” Tanyanya lagi. Suhaila
mendongak memandangnya.
“ Cari kerja.” Jawabnya.
“ Dulu Aila ambil bidang apa?” Adam cuba
mengajak kakak iparnya berbual.
“ Fashion design. Kenapa?”
“ Owh, saja tanya. Dah jumpa ke kerja
mana yang nak?”
“ Adalah dua tiga. Tapi semua jauh-jauh.
Paling dekat pun kat KL tu.”
“ Urm, iye ke. Kalau Aila kerja kat butik
mahu tak? Butik muslimah.” Cadangnya. Suhaila bertentang mata dengan Adam. Dia
mengerutkan dahi.
“ Butik muslimah? Kat mana?”
“ Tempat kawan Adam. Butik tu milik
sepasang suami isteri. Baru lagi pun. Adam teringat hari tu bila sembang dengan
diorang, katanya nak pakai orang untuk bantu uruskan butik tu. Sebabnya diorang
buka cawangan baru kat Johor. Kalau Suhaila nak, Adam boleh tolong tanyakan.”
Katanya. Suhaila diam memikirkannya. Butik muslimah?
“ Urm, bolehlah. Nanti Adam tolong
telefonkan ye.” Pinta Suhaila tanpa berfikir panjang lagi.
“ Tapi kat Johor. Jauh tu. Tak kisah
ke?” Tanya Adam minta kepastian. Suhaila hanya mengangguk sambil tersenyum.
“ Aila tak kisah. Asalkan bidang tu Aila
minat. Cukuplah dulu jadi pengajaran untuk Aila. Kalau kerja yang banyak duit
sekalipun, tapi hati tak pernah tenang, tak guna juga. Sekurang-kurangnya kalau
Aila kerja kat butik muslimah tu, mesti ayah suka.” Balasnya.
Adam yang mendengar tersenyum. Syukur di
dalam hati melihat perubahan Suhaila yang makin positif itu. Kemalangan yang
terjadi benar-benar merubah perwatakan Suhaila. Dia menoleh ke sekitar laman.
Tidak jauh dari situ, terdapat rumah papan yang sederhana besar.
“ Rumah tu memang kosong ke?” Tanya Adam
sekali lagi. Suhaila menjengukkan kepalanya.
“
Owh, rumah tu. Urm, dulu ada orang sewa. Tapi sekarang ni dah takde dah. Dulu
Iqram duduk situ sekejap. Dengar cerita, Adam ada kerjasama dengan Iqram,
yeke?” Adam yang mendengar hanya mengangguk. Jadi di situlah Iqram menetap
sementara dulu.
“ Kecil je kan dunia ni. Pusing-pusing,
orang yang kita kenal, orang lain pun boleh kenal. Hmm..” Ujar Suhaila. Adam
tersenyum.
“ Itulah namanya takdir.” Balas Adam.
Suasana kembali sunyi. Mak Idah yang singgah ke rumah tok penghulu dari tadi
tak pulang-pulang lagi. Begitu juga dengan Arisya yang menghantar bekalan
makanan untuk si ayah. Suhaila teringat sesuatu, dan tiba-tiba tergelak kecil.
Perbuatannya itu menarik perhatian Adam untuk memandangnya.
“ Kenapa?” Tanya Adam ingin tahu. Suhaila hanya menggelengkan
kepala, namun sisa tawanya masih tidak hilang.
“ La, bagitahu jelah. Nak tahu juga apa
benda yang boleh buat Aila gelak sampai macam tu sekali.” Adam tidak mahu
mengalah. Suhaila menarik nafas, kemudian dia memandang adik iparnya itu.
“ Aila teringat hal dulu. Kalau Adam nak
tahu, Aila sebenarnya pernah menaruh perasaan kat Iqram. Tapi tulah, dah orang
sana tak berkenan kat kita kan, nak buat macam mana. Banyak cara Aila buat
untuk Iqram jatuh hati kat Aila, semua tak berhasil. Sekarang, bila Aila
fikirkan balik, tak guna kita mendesak orang tu. Kalau dah tuhan tetapkan yang
dia bukan jodoh kita, takde jodohlah tu. Betul tak?”
“ Betullah tu. Wah, tak sangka Aila
minat Iqram tu ye. Tapi Adam takkan peliklah. Iqram tu macam pakej yang lengkap.
Kaya, baik, hensem pula tu. Untung siapa dapat jadi bini dia.” Kata Adam.
Suhaila tersenyum.
“ Tapi…” Sambung Adam lagi. Dia
memandang Suhaila.
“ Iqram tu takkan takde minat kat
siapa-siapa? Aila tak pernah tanya ke?” Saja dia bertanya. Dari senyuman
terukir, senyumannya mula mengendur. Suhaila mahu bercerita tentang Arisya, tapi
entah mengapa hatinya berat untuk memberitahu.
“ Ada tu ada. Tapi urm….Aila sendiri tak
berapa kenal orang tu siapa. Yang pasti perempuan yang Iqram suka dulu tu dah
pun jadi milik orang lain. Dan yang Aila tahu, perempuan tu seorang yang cukup
baik dan penyabar. Tapi itu dulu kan, sekarang tak tahulah pula siapa Iqram
suka.” Katanya mencipta alasan.
Bila melihat Adam hanya mengangguk dan mula
memandang ke arah lain, Suhaila mengusap dadanya sambil melepaskan keluhan. Dia
sendiri tak pasti kenapa perlu dia selindung hal risikan dahulu kepada adik
iparnya itu, tapi yang dia pasti, tindakannya kali ini mungkin ada baiknya.
Cukuplah dulu dia buat Arisya merana dengan sifatnya. Sekarang dia tak mahu
hanya sebab dia terlanjur kata, boleh membuatkan Adam berprasangka pada
isterinya sendiri.
*******************************************
“ Daddy….” Tegur pemuda di belakangnya.
Lelaki tua itu menoleh memandang anak sulungnya.
“ Ha, Iqram. Come, sit here…” Ajaknya. Iqram
duduk berhadapan dengan ayahnya.
“ Daddy sihat?” Tanya Iqram. Tan Sri Arshad
menjawab dengan anggukan.
“ Ada apa daddy nak jumpa Iqram ni? Macam
hal penting je.”
“ Iqram dah makan belum?” Tanya Tan Sri
Arshad tanpa menjawab soalan dari anaknya itu.
“ Dah, baru je lepas.” Ringkas Iqram
membalas. Lama dia memandang lelaki tua itu. Bila Iqram merenung wajah ayahnya,
dia seperti dapat agak pasti ada sesuatu yang menghantui fikiran ayahnya.
“ Dad, are you okay?” Tanya Iqram. Tan Sri
Arhad tersenyum pahit. Dia menghirup baki kopinya, kemudian memandang ke arah
anak lelakinya.
“ Daddy dah decide. Daddy nak Iqram kali
ini tolong ikut apa yang Daddy minta. Dan daddy harap Iqram takkan menolak.”
Tan Sri memulakan bicara.
“ Apa dia daddy? Macam penting je…”
Tanyanya lagi. Perasaan ingin tahu mula membuak-buak.
“ Daddy nak Iqram berhenti kerja kat
company Iqram kerja tu. Daddy nak Iqram kerja dengan daddy.” Balasnya. Iqram
tidak melatah, sebaliknya hanya mengerutkan dahi. Kenapa perlu sekarang ayahnya
buat permintaan begitu. Sedangkan dahulu, ayahnya tak pernah memaksa dia
memilih apa sahaja pekerjaan yang mahu dilakukan.
“
But why? Daddy nak Iqram uruskan hotel daddy ni?” Tanya Iqram. Tan Sri
hanya mengangguk.
“ Tapi Lisa kan ada. Adik tu boleh bantu
daddy.” Katanya.
“ Daddy tahu Lisa boleh bantu daddy.
Tapi apa yang daddy maksudkan sekarang, daddy nak Iqram gantikan tempat daddy.
Ambil alih hak milik hotel tu. Daddy nak Iqram dan Lisa jadi pewaris utama
daddy. Daddy dah fikir masak-masak. Daddy rasa dah sampai masa untuk daddy
bersara.” Tuturnya. Iqram terkedu.
“ But…”
“ Please Iqram. Daddy rasa dah sampai
masa untuk daddy berehat. Daddy dah penat nak kejar duniawi ni. Daddy teringin
nak pergi tunaikan haji. Dah lama daddy asyik tangguhkan hal penting tu. Dulu
arwah mama tak jemu mengajak daddy. Tapi daddy saja je buat macam-macam alasan.
Sekarang daddy rasa sesal pun dah tak guna. Kalaulah dulu daddy tak sibukkan
diri dan banyak beri perhatian kat mama, pasti daddy akan rasa bahagia.”
Jelasnya. Iqram diam sahaja mendengar. Dia tak dapat lagi beri keputusan.
Baginya perkara ini terlalu mendadak.
“ Tolong ye nak. Ambil alih hotel tu.
Daddy yakin Iqram dengan Lisa dapat uruskan warisan keluarga kita tu.”
“ Macammana dengan Fasha? Daddy dah
discuss dengan bini daddy tu? Bukan ke dia pun bekerja dengan daddy?”
“ Bagi daddy, kamu berdua lagi layak dapat
semua tu. Hal Fasha biarlah daddy uruskan.” Balasnya.
Iqram memikirkan kata-kata ayahnya dengan
mendalam. Dia dapat rasakan ayahnya menyimpan sesuatu darinya. Namun lelaki tua
itu seolah-olah mahu memendamkan sahaja perkara tersebut. Kalau tidak masakan
permintaannya tadi bagaikan satu perkara yang harus diutamakan ketika ini jua.
******************************************************
Baju yang mana sudah dilipat dimasukkan ke
dalam beg. Ketika itu Suhaila masuk ke bilik tidur Arisya setelah mendapati
Adam berlalu ke ruang tamu untuk bersembang dengan Pak Samad.
“ Nak balik esok pagi ke?” Tanyanya.
Arisya berpaling pada Suhaila dan mengangguk sahaja.
“ Abang tu ada kerja penting. Isya cuti
lagi sampai lusa. Nak tak nak kenalah balik. Hmm, macam tak puas pula duduk
kampung.” Luahnya. Suhaila senyum dan duduk di birai katil. Dia melihat sahaja
Arisya yang sibuk mengemas apa yang patut untuk dibawa balik.
“ Takpelah. Ada masa nanti, boleh balik
sini balik kan.” Ujar Suhaila pula.
“ Ha, tadi abang ada cerita pasal Aila nak
kerja kat Johor. Betul ke?” Tanya Arisya minta kepastian.
“ Tengoklah kalau dapat. Tadi ada Adam
bagi nombor kawan dia tu. Dah call dah pun. Baru je tadi Aila email resume kat
tuan butik tu. Dia kata esok atau lusa dia call balik.” Katanya.
“ Urm, kalau dapat baguslah. Tapi nanti
jauhlah….” Kata Arisya pula.
“ Takpelah. Sekurang-kurangnya ayah
macam suka je kalau Aila kerja kat butik muslimah tu. Cukuplah dulu jadi
pengajaran untuk Aila. Tuhan dah tunjukkan balasan yang sepatutnya atas apa
yang Aila dah buat. Aila sedar Aila ni bukan anak yang baik, kakak yang
pentingkan diri, dan paling utama, Aila terlalu kejarkan hal dunia. Sampaikan
benda penting dalam hidup Aila pun Aila ketepikan.”
“ Aila….” Celah Arisya. Suhaila
bertentang mata dengan adik tirinya. Sayu Arisya melihat Suhaila berkata
begitu.
“ Aila masih tak terlambat kan untuk
baiki semua tu. Lagi pun Isya yakin, Aila boleh. Slow-slow, jangan terlalu
fikirkan sangat hal yang dah sudah. Kalau Aila perlukan bantuan Isya, bila-bila
masa je Isya boleh tolong.” Sebaik Arisya berkata begitu, Suhaila meletakkan
tangannya di atas tangan Arisya.
“ Isya dah banyak sangat tolong Aila
selama ni. Cukuplah…” Tuturnya. Arisya tersenyum.
“ Isya, Aila nak tanya something ni.
Harap Isya jujur ye…” Kata Suhaila. Arisya merenungnya lama. Memberi ruang
untuk Suhaila meneruskan kata-katanya.
“ Isya terima Adam sebagai suami Isya
sebab Aila ke?” Tanyanya. Arisya mengerutkan dahi.
“ Maksud Aila? Isya tak faham…”
Celahnya. Suhaila mengeluh. Kemudian menyambung bicara.
“ Dulu, masa Aila marah kat Isya pasal
hal Iqram masuk merisik dulu. Kan Aila pernah mengamuk pasal hal tu sebab Aila
tak mahu Isya terima Iqram. Adakah sebab tu, Isya cipta alasan untuk terima
Adam?” Terangnya dengan lebih mendalam. Sebaik mendengar soalan yang dikemukan,
Arisya ketawa kecil.
“ Aila, kenapa perlu bangkitkan hal lama
tu. Urm, lagi pun untuk pengetahuan Aila, family Adam dah merisik Isya dulu
dari Iqram. Even Iqram masuk minang Isya awal dari Adam sekali pun, Isya rasa
Isya tetap akan tolak juga. Sebabnya Isya hanya anggap Iqram tu bagaikan kawan.
Itu je.” Luahnya. Suhaila tersenyum pahit.
“ Tak payahlah Isya nak jaga hati Aila
lagi. Jujur je Isya. Aila rasa Aila dah tahu semuanya. Tadi masa tengahari
tadi, Aila bersembang dengan Adam. Dari situ, Aila dapat agak sesuatu. Kalaulah dulu Aila tak buat hal, mesti Isya
dah kahwin dengan Iqram kan. Maafkan Aila ye sebab sekat kebahagiaan Isya.”
“ Aila! Kenapa cakap macam tu?! Isya tak
suka…” Celahnya dengan suara tegas. Suhaila tersentak. Ini pertama kali dalam
hidupnya, Arisya berkata dengan tegas. Tidak lama kemudian, Arisya mengeluh.
Dia genggam tangan Suhaila dengan erat.
“ Aila, tahu tak, setiap perkara yang
terjadi, pasti ada hikmahnya. Dan sekarang, Isya rasa bersyukur sangat-sangat
atas apa yang dah berlaku. Sebabnya, kalau tak Aila yang halang untuk terima
Iqram, tak mungkin Isya akan dapat suami sebaik Adam. Bagi Isya, Adamlah jodoh
yang tepat ditentukan untuk Isya. Adam cukup baik. Bagi Isya, itu pun dah
cukup. Aila jangan salahkan diri Aila atas apa yang dah berlaku. Lagi pun kalau
Isya terima Iqram, mungkin Isya takkan rasa tenang Aila. Sebab Isya tak sanggup
nak rampas cinta Aila.” Luah Arisya pula.
“ Tapi…”
“ Takde tapi-tapi lagi. Dahlah tu ye
Aila. Hal dah lepas. Lagi pun Isya tahu Iqram memang baik, tapi bagi Isya,
lelaki yang terbaik adalah Adam. Itu yang penting. Isya harap lepas ni Aila
jangan lagi ungkit hal ni. Semua tuhan dah tentukan. Okay?” Pintanya.
Lambat-lambat Suhaila mengangguk mengikut permintaan adik tirinya itu. Arisya
memeluk Suhaila dan senyum padanya.
“ Urm, Aila rasa Aila patut juga tanya
hal ni. Kenapa Isya tak bagitahu kat suami Isya pasal hal Iqram?” Tanya Suhaila
ingin tahu.
“ Hal apa lagi?”
“ Tadi Adam ada tanya kat Aila. Dia tanya
si Iqram tu takde minat kat siapa-siapa ke? Aila tak bagitahu hal sebenar.
Sebabnya Aila dapat rasa Isya sorokkan hal ni dari dia kan. Kenapa Isya? Takut
Adam marah?” Tanyanya lagi. Arisya terkedu. Tak sangka itu yang disuarakan
Suhaila. Tidak lama kemudian, Arisya mengukirkan senyuman. Riak wajahnya
berubah tenang semula.
“ Bukan Isya berniat nak sorokkan hal ni.
Tapi Isya rasa hal ni tak penting pun. Sebabnya Isya dah pun pilih Adam sebagai
suami Isya. Jadi buat apa Isya nak ungkit hal lepas kan. Aila, thanks sebab tak
cakap dengan Adam pasal tu. Isya bukan
tak nak cakap, biarlah ada masa yang sesuai nanti Isya akan ceritakan juga kat
Adam.” Katanya. Suhaila mengangguk tanda faham.
“ Urm, Aila still sukakan Iqram ke?”
Tanya Arisya pula. Suhaila tersenyum.
“ Suka, tapi rasanya niat suka Aila tu
dah berubah kot. Aila mengaku Iqram cukup baik untuk dijadikan teman istimewa,
tapi bagi Aila, hal macam ni kita mana boleh paksa kan. Aila cuba menganggap
Iqram sebagai kawan. Itu sahaja. Lagi pun, tujuan Aila suka dia dulu pun sebab
dia kaya dengan kacak je. Dan Aila tahu, sebab niat Aila yang tak ikhlas tu lah
penyebab Aila tak dapat cari teman yang betul-betul sesuai. Cuma sekarang, Aila
nak tanam dalam diri Aila untuk cuba mencintai seseorang itu dengan hati yang
ikhlas dan bukanlah hanya kerana mengikut nafsu semata-mata.” Ujarnya. Arisya
yang mendengar memanjatkan syukur.
“ Wah, bagus bagus. Alhamdulillah. Isya
suka Aila yang sekarang.” Puji Arisya. Suhaila ketawa.
“ Yela, bila kita dah cermin balik hidup
kita yang lampau, baru kita tahu kan mana salah silapnya kan? Hehe… Lagi pun
tak rugi pun Aila asyik dengar ceramah kat surau yang Isya selalu bawa tu.
Baguslah ustaz tu. Tak jemu pun dengar.” Katanya.
“ Baguslah kalau macam tu.” Balas Arisya
ringkas. Ketika itu suaminya mengetuk pintu bilik dan terjengul kepalanya di
situ.
“ Sayang, dah siap kemas?” Tanya Adam.
Arisya hanya mengangguk.
“ Kalau dah siap, jom keluar. Kita pergi
pasar malam nak? Beli makanan.”
“ La, sekarang ke?” Tanya Arisya pula.
“ Sekaranglah. Abang teringin makan sate.
Hehe…” Ujarnya. Suhaila yang mendengar ketawa.
“ Apalah Adam ni. Bini dia yang
mengandung, dia pula teringin macam-macam. Haish…” Kata Suhaila. Adam
tersengih.
“ Yela, yela. Abang tunggu kejap. Isya
nak pakai tudung. Aila nak ikut tak?” Tanya Arisya pada Suhaila. Gadis itu
melihat jam dinding. Hampir pukul sembilan malam. Pasar malam di pekan akan
tutup dalam masa dua jam lagi. Dia menoleh semula pandang Arisya.
“ Malaslah. Sebab kejap lagi show yang
Aila minat dah nak start. Isya belikan jela apa-apa yang boleh dimakan nanti
ye. Lagi pun Aila tak nak kacau korang date.” Usiknya. Arisya sempat menampar
lembut peha kakak tirinya itu sambil ketawa. Suhaila keluar dari bilik tersebut
dan sempat memberi senyuman untuk Adam. Lelaki itu membalas senyumannya dan
melangkah rapat ke katil. Arisya bangun dan mencapai stoking dan juga sweater
untuk dipakai.
“ Kenapa abang tengok sayang ni makin lama makin
cantik ye…” Tiba-tiba Adam bersuara. Arisya yang sedang menyarung stoking ke
kakinya sempat menjeling suaminya disebelah.
“ Apa abang merepek ni?”
“ Apa pula merepek, abang cakap
betullah. Makin lama abang tengok sayang ni, makin menawan. Makin cun.” Ujarnya
lagi. Arisya hanya mampu ketawa mendengar pujian dari suaminya.
“ Abang ni buang tebiat ek. Ada apa-apa
ke ni asyik puji Isya ni?”
“ Mana ada apa-apalah. Saja abang puji
bini abang ni. Tak boleh?” Katanya. Arisya ketawa lagi. Dia bangun berhadapan
dengan suaminya.
“ Yela tu, jom cepat. Nanti lambat
pergi, tak pasal-pasal orang jual sate tu balik dah.” Ajaknya. Dia memegang
erat tangan lelaki itu dan mereka berjalan seiring ke kereta di laman rumah.
Di dalam kereta, sepanjang pemanduan,
sekejap-sekejap Adam menjeling memandang Arisya di sebelah. Arisya yang sedar
akan perkara itu menoleh memandang suaminya yang sedang memandu.
“ Kenapa abang ni?” Tanya Arisya.
“ Kenapa apa?” Balas Adam pula.
“ Yela, sekejap sekejap pandang Isya.
Abang ada apa-apa ke?” Tanyanya lagi. Adam tersenyum.
“ Takde apa-apalah. Saja tengok bini
abang. Rasa sayang pula kalau tak pandang muka ayang ni.” Balasnya dengan
sengihan. Arisya ketawa.
“ Apalah abang merepek ni. Kenapa dari
pagi tadi abang macam lain ye? Tak habis-habis merepek je.”
“ Ye ke abang lain? Haha, abang rasa
abang okay je.” Balasnya.
“ Urm, apa-apa jelah bang.” Kata
Arisya pula.
“ Sayang, abang dah fikir masak-masak.
Kalau baby kita nanti perempuan, kita namakan dia Nur Adawiyah ye.” Ujar
suaminya. Arisya sekali lagi menoleh memandang suaminya.
“ Adawiyah? Urm, sedap juga tu. Tapi
kalau lelaki?”
“
Kalau lelaki kita namakan Muhammad Adwan.” Balasnya. Arisya senyum.
“ Tahu tak kenapa abang nak namakan
anak-anak kita dengan nama tu?” Tanya Adam. Arisya hanya menjawab dengan
gelengan. Adam menyambung katanya.
“ Kalau kita namakan Nur Adawiyah, kan
bermaksud cahaya penawar. Semoga anak perempuan kita nanti bolehlah jadi
penawar duka untuk kita bila kita sedih nanti. Hehe…” Jelasnya. Arisya ketawa kecil. Keinginan
untuk tahu, mendadak pula dalam hatinya.
“ Urm, kalau Adwan tu pula? Apa maksudnya?” Tanya Arisya.
“
Adwan tu bermaksud ketenangan.” Kata Adam. Arisya mengangguk tanda
faham. Suka dia dengan nama yang dicadangkan.
“ Bulan depan dah bolehlah Isya pergi
hospital, scan tengok jantina.” Celah Arisya.
“ Ye ke? Eh, bukan dalam bulan ni ke?”
Tanya Adam.
“ Appoinment seterusnya bulan depan
abang. Kan minggu lepas baru je Isya pergi cek dengan umi. Abang lupa ye.”
Katanya. Adam menepuk dahi.
“ Ha’ah. Abang terlupa pula sayang.
Sorry…”
“ It’s okay.” Balasnya.
“ Kalau boleh, abang nak bila anak kita
lahir nanti, abang ada kat sisi sayang. Sebelum abang tutup mata nanti,
sekurang-kurangnya abang nak sentuh anak kita, abang nak peluk dia.” Ujar Adam.
Arisya yang mendengar mula tidak sedap hati. Tidak gemar bila suaminya berkata
begitu.
“ Abang, kenapa cakap macam tu? Isya tak
sukalah.” Bidasnya. Adam melihat Arisya yang mula memuncungkan bibir. Dia
tergelak. Sempat dia mencuit Arisya di sebelah.
“ Yela yela. Abang tak cakap lagi dah
macam tu. Abang cuma nyatakan je. Abang tak bermaksud lain pun. Okay? I’m sorry
dear… I didn’t mean to make you sad.” Pinta Adam. Dari memeluk tubuh, Arisya
memegang bahu suaminya.
“ Apa pun yang berlaku, janji abang
takkan tinggalkan Isya dengan anak. Promise me. Jangan lagi ungkit hal macam tu
lagi. Soal mati semua ni tuhan yang tentukan. Abang jangan cakap macam tu lagi
seolah-olah abang pasti abang akan tinggalkan Isya.” Pinta si isteri pula. Adam
memakirkan keretanya di ruang parker yang kosong di tepi jalan. Dia mengalih
pandangan pada isterinya.
“ Baiklah. Abang janji abang takkan cakap
benda macam ni lagi. Abang gurau je sayang. Janganlah serius sangat. Abang
takkan tinggalkan sayang. Don’t worry okay. Betullah tu, tuhan yang tentukan
kita mati bila. Tapi masa dia kita tak tahu kan.”
“ Abang…!” Marahnya kembali lagi. Adam
tergelak. Dia memegang dagu isterinya dan didongakkan memandangnya.
“ I’m sorry. Apa yang abang cakap tadi
betul kan.” Katanya.
“
Ye, memang betul. Tapi, tapi….”
“ Sayang, apa pun yang berlaku, abang
tetap cintakan isterikan abang ni. Abang sayangkan anak kita. Apa yang abang
cakapkan tadi adalah isi hati abang. Sayang jangan fikir bukan-bukan. Sayang
risau kalau-kalau abang cakap macam tu sebab abang dah nak mati? Sayang, tak
semestinya abang cakap macam tu, abang boleh mati lepas ni. Kita manalah boleh
tahu bila masa kita meninggal kan. Dah, jangan fikir bukan-bukan. Abang sekali
lagi minta maaf okay. Please forgive me…” Luahnya. Dia mengucup lembut dahi
isterinya. Arisya terkedu. Ada betul juga apa yang dikatakan Adam. Dia sahaja
yang berfikir bukan-bukan.
*Wink2,
update bab 19. Maaf sangat sebab dah lama sangat tak update sambungan kan.
Sebabnya entah kenapa otak ni macam blank. Tak boleh nak fikir ayat nak
mengarang. Mungkin sebab Sahara asyik fikirkan pasal mak sedara Sahara kot. Dialah
wanita yang Sahara rasa cukup baik. Dia layan semua anak-anak saudara macam
anak dia sendiri. Tak lama lagi mak saudara Sahara akan menjalani pembedahan
jantung. Sepanjang dia kat hospital, Sahara akan temankan dia. Semua pembaca
harap dapat doakan pembedahan tu berjalan dengan lancar ye. Itu je harapan
Sahara. Semoga mak sedara Sahara akan kembali sihat semula. Aamin…
best5....;-)
Jgn la bg adam mati....kesian aisya,sahara;-)
Wah suhaila dah insaf,suka3...
Eid mubarak sahara:-)
semoga mak suadara sahara selamat dan cepat sembuh hendaknya,aamiin:-)