NILAI KASIMU (18)


.


EpisoD 18











       Selesai solat berjemaah, Adam mencapai tangan umi dan bersalam. Kemudian dicium kedua-dua belah pipi wanita tua itu. Tersenyum umi dibuatnya. Arisya juga menurut perbuatan Adam dan menyalam hormat ibu mertuanya.

     Suhaila yang duduk di ruang tamu cuba mengintai ketiga-tiga insan tersebut di dalam bilik utama. Dari sudut pandangannya, tergambar kebahagiaan di wajah mereka semua. Suhaila mengetap bibir. Dia merenung dirinya sendiri. Kenapa kebahagiaan tidak pernah datang kepadanya dan hanya sengsara yang melanda. Dalam tak sedar, air matanya menitis jatuh ke pipi.  Cepat-cepat dia mengelapnya, risau Arisya nampak. Dia berjalan ke luar rumah dan duduk di bangku kayu di halaman rumah. Sambil matanya tak jemu-jemu melihat ke langit, dia tiba-tiba terkenangkan zaman kanak-kanaknya bersama adik tirinya itu.

     Sewaktu kakinya mula melangkah ke rumah papan itu, dia memandang kepada ibunya. Tergambar wajah ibunya yang kelihatan agak muda senyum padanya. Wanita itu menunduk dan memegang bahu anak gadis tersebut.

     “ Aila, sekarang ni sini rumah kita tau. Kita dah ada keluarga baru.” Ujar Mak Idah. Suhaila diam sahaja.  Dari pintu rumah dia nampak seorang gadis seakan sebayanya yang berdiri di pintu bilik. Mereka berdua bertentang mata. Suhaila pasti gadis itu adalah ahli baru keluarganya yang dimaksudkan ibu.

     Untuk seminggu lamanya dia dan gadis itu lansung tak bertegur sapa. Kadang-kadang Suhaila pelik bila melihat gadis itu hanya petah berbicara dengan ayah barunya dan tidak pada dia atau Mak Idah. Bila di sekolah pula, Suhaila yang kelas lain dengan diri Arisya berpura-pura lansung tidak mengenalinya. Setiap hari dia dapat rasakan yang Arisya mahu menegurnya, namun gadis bertubuh kecil itu seakan malu. Suhaila pula bagaikan ego tidak mahu mengalah. Dia tetap mahukan adik barunya itu yang memulakan langkah.

   Namun satu hari terciptanya sejarah di mana dia mula bergaduh di sekolah berpunca daripada budak kelasnya yang tak habis-habis mengatakan dirinya anak penangih dadah.  Dia menangis sepuas hatinya mahu membela dirinya. Dia marah orang lain mengutuk dirinya. Dia rasa terhina. Apa yang lebih menyakitkan hatinya adalah perkara yang budak-budak itu katakan adalah hakikat sebenar. Ayah kandungnya memang penagih dadah. Malah suka berjudi dan kerap menjadikan anak dan bini sebagai mangsa pukulan untuk kepuasan hati. Namun takdir menyebelahi diri mereka berdua, ayahnya menemui ajal akibat dadah yang berlebihan di dalam badan setahun sebelum ibunya berkahwin semula dengan Pak Samad. Namun dirinya tetap juga dianggap anak kepada penagih dadah sehinggalah dia naik ke sekolah menengah.

     Siapa sangka, Arisya tiba-tiba masuk ke kelas dan membela dirinya. Bila Arisya masuk dan berdebat dengan pelajar-pelajar lain yang menyakatnya, mereka semua terdiam. Bagaikan Arisya berkata sesuatu yang membuatkan semuanya tersedar akan salah sendiri. Dia sendiri tidak ingat apa yang Arisya katakan masa itu kerana dirinya tak habis-habis menangis. Sedar tak sedar, dia terasa anak gadis itu memegang tangannya dan membawanya ke satu pondok di belakang bangunan sekolah. Di situlah gadis kecil itu mula memeluk tubuhnya dan menenangkan dia supaya berhenti menangis. Dan sejak itulah, hubungannya dengan Arisya bertambah rapat dari hari ke hari.

       Dirinya tersentak apabila merasakan bahunya disentuh seseorang. Hapus sudah bayangan sejarah yang dikenangnya tadi. Bila dia mendongak, Arisya senyum dan duduk rapat disebelahnya.

          “ Kenapa duduk luar?” Tanya Arisya.

          “ Saja, ambil angin malam.” Balasnya ringkas. Matanya terhala pada perut gadis disebelahnya. Nampak sedikit perut itu makin membesar dari hari ke hari. Kini, kedua-duanya senyap sahaja sambil mata mereka merenung ke langit.

          “ Isya…” Tiba-tiba Suhaila memanggilnya. Arisya menoleh.

          “ Masuklah dalam. Tak elok Isya duduk lama-lama kat luar ni. Isya kan pregnant.” Katanya. Arisya ketawa kecil. Dia senyum pada Suhaila. Dia suka bila Suhaila prihatin. Arisya sedar, makin hari Suhaila sudah mahu bercakap dengannya. Memang agak mengambil masa, namun dia melihat hasil Suhaila yang makin kurang dari kemurungan dari awal kemalangan dahulu.

          “ Takpelah. Saja nak ambil angin malam dengan Aila. Rindu nak duduk sama-sama macam ni. Dulu kat kampung selalu kita duduk kat beranda kan waktu malam-malam. Sambil siapkan kerja sekolah, sambil tu bersembang. Kadang-kadang sebab borak punya pasal, kerja sekolah pun tak siap-siap lagi. Hehe…” Kenang Arisya. Suhaila mengukirkan senyuman. Arisya perasan kakaknya itu tersenyum, lama dia meneliti wajah Suhaila.

          “ Kenapa pandang Aila sampai macam tu?” Tanyanya.

          “ Isya suka tengok Aila senyum.” Jujurnya. Suhaila bertentang mata lama dengan Arisya.

          “ Isya, kenapa dari dulu sampai sekarang Isya baik sangat dengan Aila dan ibu? Sedangkan kitorang selalu je buat Isya terasa. Isya tak marah ke?” Tanya Suhaila ingin tahu. Arisya senyum lagi mendengar soalan itu.

          “ Sebab Isya sayangkan Aila dengan ibulah. Mana ada alasan lain lagi.” Ringkas Isya menjawab. Suhaila terkedu. Entah kenapa jawapan dari Arisya yang ringkas itu sudah cukup membuatkan dirinya terasa kerdil.

         “ Kalau satu hari nanti, Aila ada buat perkara yang boleh buatkan Isya sedih lagi, Isya akan benci ke kat Aila?” Tanyanya lagi. Arisya mendongak memandang ke langit.

         “ Tak pernah terdetik pun rasa benci dalam diri Isya pada Aila dan ibu. Kalau salah kita boleh usahakan perbaiki diri sendiri. Dia yang maha berkuasa, selalu memberi peluang untuk hambanya sedar dari kesilapan dan usaha untuk perbaiki diri semula. Jadi, Isya pun rasa Aila ada peluang untuk tebus kesalahan yang Aila dah lakukan. Paling penting, Aila dah ada niat untuk berubah. Itu je…” Arisya membalas. Suhaila memejam matanya, mengimbas perkara-perkara lalu yang telah dibuat.

          “ Aila…” Panggil Arisya pula.

          “ Isya nak buat permintaan ni…” Katanya. Suhaila diam memberi ruang untuk Arisya menyambung.

          “ Janji dengan Isya, walau apa pun yang terjadi, jangan sesekali putuskan hubungan sebagai ahli keluarga dengan Isya dan juga ayah. Boleh ye?” Pinta Arisya. Lama Suhaila merenung mata Arisya yang penuh keikhlasan itu, kemudian ditariknya tubuh Arisya ke dalam dakapannya. Arisya pula yang terkedu.

           “ Aila minta maaf Isya….Aila minta maaf…” Ucap gadis itu. Dia meluahkan apa yang selama ini dipendamnya. Gadis itu terlalu banyak berjasa padanya. Dari dahulu lagi dia sedar, namun tembok membataskan segalanya. Kini tembok ego yang dibina dahulu, hampir sepenuhnya runtuh bila melihat keikhlasan Arisya yang tak jemu menjaganya dan ikhlas menyanyaginya.

        “ Dahlah tu, tak mahu nangis. Isya dah lama pun maafkan Aila. Lap air mata tu, tengok, dah tak cun dah…hehe.” Pujuk Arisya dengan gurauan sambil menolak tubuh Suhaila dari terus memeluknya. Sedikit sebanyak pujukan itu membuatkan Suhaila tergelak sedikit.

        “ Adam dengan umi mana?” Tanya Suhaila. Arisya tiba-tiba mencebik.

        “ Kat dapur. Entah apa yang abang tu buat tak tahulah. Dia tak bagi Isya masuk dapur. Dia kata makan malam hari ni dia yang handle. Tu umi kat dapur tu tengah tengok dia masaklah tu.” Katanya. Suhaila ketawa nipis.

         “ Pernah ke dia masak?”

         “ Itu yang duk risau tu. Mana pernah dia masak lauk-lauk ni. Degil juga nak buat. Karang yang nak makannya kita ni, hai lah…”

         “ Haha, takpelah. Nak juga Aila rasa adik ipar Aila masak.” Katanya. Arisya tersenyum. Dia gembira sangat masa ini sebab Suhaila sudah makin berubah. Dan yang paling penting, gadis itu sudah pun mahu beramah mesra dengannya seperti dahulu kala. Tak sangka, tanpa jemu setiap kali selepas solat, doa dan harapn yang Arisya selalu luahkan pada yang maha esa, termakbul. Dan dia berharap sekarang, supaya Suhaila mampu mengekalkan perubahan yang dialami masa ini sehinggalah ke akhir hayat.


  

           
     
        

                              ***********************************************




    Pemuda itu membuka pintu apartmentnya dan masuk ke dalam. Cap yang tersarung dibuka dan diletakkan di atas meja. Segala urusan kerja yang telah diterimanya tadi sudah pun dilaksanakan dengan secepat yang boleh. Hanya berpandukan pada kemahirannya sahaja, dia mampu menewaskan targetnya.

      Sedang dia bersandar di sofa sambil memejam matanya, dia terasa ada tangan yang mula menjalar dan memeluknya dari belakang. Dia membiarkan sahaja tangan itu berada di dadanya. Haruman yang menusuk hidungnya ketika ini, mula membangkitkan nafsu lelaki di dalam tubunya.

        “ You pergi mana darling? Lama I tunggu kat sini tau.” Kata wanita yang memeluknya dari belakang itu. Ardy membuka matanya dan melepaskan pelukan dari wanita tersebut. Dia bangun dan memaut tangan lembut itu supaya duduk di sebelahnya.

         “ Baru habis kerja. Lama you sampai?” Tanyanya. Wanita itu mengangguk. Muncung bibirnya seolah-olah merajuk menanti kehadiran pemuda itu.

         “ I miss you so much…” Ucap wanita itu dan mula bersandar di dada lelaki tersebut. Ardy mengusap lembut rambut teman wanitanya.

         “ I miss you too. You datang sini, ada orang tahu tak?” Tanyanya. Wanita itu menggelengkan kepalanya.

         “ Bagus. Tan sri apa khabar? Or should I say how’s your husband right now?” Tanyanya lagi. Wanita itu mencebik lagi.

         “ Macam tu juga. Sihat je. Entah bila nak mampus pun tak tahulah.” Balasnya. Ardy ketawa bila mendengar Fasha berkata begitu.

         “ Rilekslah sayang. Rancangan kita awal lagi ni. Walau apa pun yang terjadi, I tak nak sebab you tak suka dengan Tan Sri Arshad tu nanti, plan kita hancur. You know what I mean right?” Ujarnya. Fasha terdiam. Perkahwinannya dengan Tan Sri selama ini adalah atas rancangan pemuda itu.

         “ Tapi kan darling, I peliklah. You kan mahir dalam bidang ni, kenapa you tak bunuh je semua family dia terus macam tu je.” Tanya Fasha ingin tahu. Ardy bangun dan mula membuka kemeja bercorak kotak itu. Dengan hanya berseluar jeans, dia berjalan masuk ke dapur dan mengambil sebotol air mineral untuk diminum. Kemudian dia berdiri di menghadap ke beranda.

          “ You, I cakap dengan you ni…” Tegasnya.

          “ I nak satu family tu merana sikit demi sikit. Macam mana diorang buat I merana dulu, macam tu lah I nak satu family tu rasa. Then, bila dah sampai masa yang sesuai, I will kill all of them. Sambil tu, dalam masa yang ada, kita boleh pungut semua harta yang terkumpul kan. Sambil menyelam minum air…” Jelasnya. Fasha tersenyum mendengarnya.

    Dia melangkah ke belakang Ardy dan memeluk lelaki itu dari belakang. Perkenalannya dengan Ardy selama tiga tahun, telah membuatkan dia jatuh cinta pada lelaki itu. Walaupun dia tahu Ardy ini sering melakukan pembunuhan untuk menampung hidupnya, dia tidak kisah. Malah dia menganggap Ardy merupakan lelaki idaman yang dicari selama ini.

     Ardy mempunyai dua perwatakan dan hidup yang berbeza. Di depan mata orang lain, Ardy bagaikan student biasa yang merantau dari Singapura. Tapi hakikat yang sebenar, Ardy merupakan pembunuh upahan yang sentiasa menyamar walau apa jua keadaan yang berubah. Bagi Ardi pula, dia rasa pertemuannya dengan Fasha harus digunakan sebaik mungkin. Apabila dia sudah berjaya membuat gadis itu jatuh padanya, dia memulakan rancangannya dengan mempergunakan wanita itu untuk melaksanakan pelan dendamnya selama ini. Fasha tidak kisah dirinya digunakan, sebaliknya dia sanggup berbuat apa sahaja untuk teman lelakinya itu.

       Ardy memusingkan tubuhnya dan berhadapan dengan wanita itu. Sebelah tangannya memeluk kemas pinggang ramping itu. Sebelah tangan lagi memegang dagu Fasha supaya mendongak memandangnya yang agak tinggi itu. Bibir Fasha yang kemerahan itu dikucupnya dengan penuh nafsu.     

      Dia melepaskan ciuman dari bibir Fasha dan mahu  menarik wanita itu masuk ke bilik. Tapi bila baru sahaja melangkah, kedengaran bunyi nada dering telefon bimbit wanita itu. Fasha memandangnya. Ardy melepaskan pegangannya dan menyuruh Fasha segera menyambut panggilan tersebut. Bila Fasha sudah selesai bercakap sesuatu, talian dimatikan.

         “ Siapa?” Tanya Ardy.

         “ Arisya, Interior designer yang I upah untuk rumah baru I tu. Tan Sri lah yang beriya-iya suruh gunakan khidmat budak tu. Sibuk je call time ni.” Omel Fasha. Ardy mengerutkan dahi bila mendengar nama yang disebut Fasha tadi.

         “ Ha, baru I teringat, you know something darling. Kebetulan, Interior designer yang I sebutkan tadi tu kenalan Iqram tau. Bila I selidik, I dapat tahu yang Arisya tu dulu rupanya crush dia. I think Iqram still love her even though she’s already married with someone else.” Fasha memberitahu segalanya pada Ardy. Apa sahaja yang melibatkan tentang keluarga Tan Sri, semua dia akan laporkan pada teman lelakinya. Satu pun tak tinggal.

         “ Hmm, Arisya, macam I pernah dengar nama tu.” Luahnya.

         “ So, you think can we use her for our plan?” Tanya Fasha. Ardy senyum sinis.

         “ Terpulang pada masa, I will think about it.” Balasnya. Fasha mengukirkan senyuman pada Ardy. Dia datang semula hampir pada lelaki itu dan menarik lelaki itu masuk ke bilik. Fasha rasa beruntung kerana teman lelakinya ini sungguh kacak di matanya, apatah lagi Ardy ni kacukan melayu cina.

    Jika dilihat pada wajah Ardy, lelaki itu bagaikan sebaya pelajar  pengajian tinggi. Sedangkan hal yang sebetulnya, Ardy sudah pun hampir menjangkau umur 29 tahun. Ardy tahu, dia harus berterima kasih pada rupanya sendiri yang sentiasa nampak muda dan selalu dianggap budak baik itu. Dengan kekacakan yang dimiliki, gaya yang sentiasa berpura-pura baik, semua tidak akan syak lansung aktiviti gelap yang selalu dibuatnya. Bekerja sebagai pembunuh upahan, bagaikan sudah sebati dalam hidupnya. Tiada seorang pun mangsa yang selama ini dicari akan lepas dari tangannya. Dia akan berasa puas jika targetnya mati di depan matanya sendiri. Ardy sangat licik. Segala apa yang dilakukan, menyukarkan pihak polis memburunya. Dengan pengenalan palsu yang direka, dia masih selamat. Kalau Fasha mengenalinya sebagai Ardy, orang lain akan mengenalinya sebagai Hilman.






                           *******************************************

         
    


    “ Dah ke belum?” Tanya Pak Samad. Arisya dan Suhaila ketawa mengekek di belakang ayah mereka. Mak Idah senyum je melihat anak-anaknya berkelakuan begitu.

    “ Ish kamu berdua ni, kesian ayah tu. Lama sangat mata ayah kena tutup.” Ujar Mak Idah bila melihat suaminya yang ditutup matanya dengan kain hitam itu. Suhaila mengisyaratkan supaya ibunya senyap. Manakala Arisya masuk ke dapur.

     “ Abang, mana lilinnya?” Tanya Arisya pada Adam. Dilihatnya suaminya menggaru kepala mencari sesuatu.

     “ Tadi abang rasa ada sekali dalam plastik tu. Hilang kot, kita pakai lilin biasa tak boleh tak?” Jawabnya. Arisya menjengilkan mata pada Adam. Lelaki itu tergelak.

     “ Jangan buat kerja gila ye. Mana boleh letak lilin biasa kat kek. Buruk benar jadinya.  Takpelah bang, takde lilin pun takpe. Kita bawa je ke depan. Kesian ayah, lama sangat pun mata kena tutup tu.” Katanya.

   Adam mengangkat kek yang baru dibelinya tadi secara senyap-senyap di pekan. Arisya pula mengangkat kuih muih yang ada dan dibawa ke depan. Setelah semua persiapan siap dihidang di atas meja, barulah Arisya membuka ikatan di mata ayahnya dengan perlahan.

       “ Selamat hari jadi!!!” Ucap mereka semua. Pak Samad menggosok matanya bila penglihatannya mula kelam itu. Bila dah boleh nampak betul-betul, dia terkejut melihat hidangan yang penuh di atas meja. Dengan kek, lauk pauk kegemarannya dan kuih muih yang ada sudah cukup membuatnya naik selera.

        “ La, buat apa susah-susah buat semua ni…” Kata Pak Samad.

        “ Ala ayah ni. Biarlah. Saja nak celebrate birthday ayah yang kitorang sayang ni…” Kata Suhaila pula.

        “ Alang-alang tu kita sambut juga sempena Suhaila dah sembuh sepenuhnya.” Celah Arisya pula. Suhaila berbalas senyum pada adik tirinya itu.

       “ Betul tu bang. Patut abang gembiralah…” Ujar Mak Idah pula. Dia bersyukur kini semua ada berkumpul di kampung. Tambah lagi dengan kehadiran anak kandungnya yang sudah mula menunjukkan perubahan yang lebih baik berbanding dahulu.

    Akhirnya Pak Samad ketawa. Dia mengucapkan terima kasih pada anak-anak dan menantunya yang sanggup balik ke kampung semata-mata untuk menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 58 itu. Arisya datang hampir pada ayahnya dan mengucup pipi lelaki itu dengan penuh kasih sayang.

        “ Ayah, selamat hari lahir. Semoga ayah lebih bertambah-tambah hensem lepas ni.” Guraunya. Semua yang mendengar tergelak.

        “ Ish, tak naklah ibu kalau ayah makin hensem. Nanti tergugat pula ibu rasa.” Celah Mak Idah turut bergurau dengan Arisya. Arisya ketawa.

       “ Ibu takutlah tu ada perempuan lain pandang ayah kan. Nanti mesti ibu jeles.” Sambung Suhaila pula.

       “ Tahu pun…” Balas Mak Idah dan mereka semua masih ketawa. Pak Samad memotong kek apabila Arisya menghulurkan pisau untuk membelah kek tersebut.

      “ Apa hajat ayah?” Tanya Suhaila.

       “ Ayah takde hajat pun nak. Tapi ayah berdoa untuk anak-anak ayah ni. Semoga Arisya dan Suhaila sentiasa dapat keberkatan hidup dari Allah swt. Lagi satu, ayah harap supaya keluarga kita ni kekal bahagia mengikut kehendak-NYA. Semoga salah faham yang berlaku sebelum ni, ayah mahu semua ambil iktibar dan anggap itu sebagai pengajaran.” Ucapnya. Suhaila tersenyum. Dalam hatinya dia mengaminkan apa yang diucapkan oleh ayah tirinya.

      Selesai menjamu selera, Arisya mahu mengangkat pinggan yang telah digunakan ke dalam sinki. Namun Suhaila sempat menghalang.

       “ Hari ni biar Aila kemaskan semua. Isya pergilah rehat. Teman Adam kat depan tu.” Katanya. Arisya senyum. Mak Idah memandang mereka berdua. Dia mengaku dia perlu berterima kasih pada Arisya selama ini kerana anak itulah yang telah menyatukan dan mengembalikan kegembiraan pada keluarganya selama ini. Mak Idah kesal kerana dahulu sering mengambil kesempatan dan berkasar ke atas Arisya. Arisya tidak pernah mengungkit, sebaliknya gadis itu tidak pernah putus asa membantu mereka dan menyayangi mereka seperti darah dagingnya sendiri.

     Arisya keluar ke beranda. Dilihatnya suaminya duduk di tangga sambil menaip sesuatu di handsetnya. Arisya mengambil tempat duduk di sebelah Adam. Sengaja kepalanya disandarkan pada bahu lelaki itu. Adam berhenti menaip dan menoleh memandangnya.

       “ Abang, thanks tau…” Ucapnya.

       “ For?”

       “ Sebab sanggup ambil cuti untuk temankan Isya dan Aila balik kampung dan juga sebab abang terfikir nak sambut birthday ayah.” Jawabnya. Adam tersenyum.

       “ Sayang happy tak?” Tanya suaminya. Arisya mengangguk.

       “ Happy sangat-sangat sebab dapat suami yang bertimbang rasa macam abang ni.”

         Haip, puji ada makna ke ni?” Saja Adam menduga. Arisya mengangkat kepalanya dan memandang Adam. Dia memuncungkan bibirnya.

       “ Mana adalah…abang ni..” Katanya sambil menepuk perlahan peha lelaki itu.

       “ Ala ala bucuk abang ni. Gurau sikit pun dah muncung….” Guraunya lagi. Arisya buat tak layan. Dia memandang ke arah lain. Ketika itu sebelah tangan Adam memegang perut Arisya. Arisya kembali memandangnya.

        “ Urm, baby baby. Tolong abah boleh? Tolong pujukkan ibu ni. Tak bestlah kalau ibu merajuk, nanti tak pasal-pasal masa abah nak tidur nanti ibu tak nak peluk abah.” Dia bercakap dengan perut Arisya. Gadis itu tidak dapat menahan, sebaliknya terus ketawa melihat gelagat suaminya itu.

        “ Abang ni. Ke situ pula dia.” Katanya. Adam senyum.

        “ Ha, ketawa pun. Kan lagi manis.” Kata Adam. Arisya kembali melentokkan kepala di bahu lelaki itu.

       “ Sayang abang sangat-sangat. Bersyukur sebab tuhan takdirkan kita bersama.” Ucapnya.

       “ Abang pun sama. Bersyukur sebab dapat isteri yang penyayang, penyabar. Kalau boleh diputar balik masa, abang nak je layan ayang baik-baik dulu masa ayang langgar abang tu.” Katanya pula. Arisya senyum lagi.

       “ Tak payah putar masa pun takpe. Sejarah tetap sejarah. Kalau dah kita ditetapkan jodoh dari azali lagi, macam mana sekali pun, Arisya tetap akan jadi isteri abang. Betul tak?” Duganya. Adam mengangguk.

       “ Betul tu...urm, sayang, apa kata kalau nanti anak kita dah lahir nanti, and bila dia dah mula pandai melangkah, kita bertiga pergi luar negara nak?” Ujarnya. Arisya kembali menoleh memandang Adam.

       “ Luar negara? Ke mana?”

       “ Sebenarnya, abang dah plan dah benda ni masa awal kahwin dulu. Abang nak bawa sayang pergi mekah. Kita tunaikan umrah dan haji ke sana. Ingat nak buat hadiah untuk sayang masa awal kahwin dulu, tapi duit tak berapa nak cukup masa tu. Tapi sekarang makin abang kumpul, rasanya cukup untuk kita bertiga satu hari nanti. Insyaallah kalau anak kita dah besar sikit, dah pandai baca muqadam, kita pergi sana ye.” Luahnya. Arisya memandangnya dengan mata yang bersinar. Tak sangka suaminya ada perancangan yang membuatkan hatinya mula melonjak gembira.

       “ Betul ke ni bang?” Tanyanya minta kepastian. Adam mengangguk mengiyakan. Arisya tidak dapat menahan gembiranya, lalu terus memeluk erat lelaki itu.

       “ Terima kasih abang! Sayang abang!!” Ucapnya dengan gembira. Adam ketawa dan membalas pelukan isterinya lalu mencium dahi Arisya dengan penuh rasa cinta.




   

  *tett….update dah tiba..haha, enjoy bac0 ye..urm, teringin pergi mekah…nak bawa mak ayah ke sana. Tapi tak cukup duit. Huhu…angan jela dulu Sahara oii…XD













  1. Semoga keinsafan yg ada pada Suhaila bekekalan.

    Harap Ardy tidak pergunakan Isya utk kepentingannya tetapi berasa insaf dan melupakan dendamnya.

    Kmas

  1. trima kasih Kmas sbb sudi bace n bg pendapat =)

  1. best2, hrap kak dia insaf lah..